kick off

Friday, July 26, 2019

TTC # IVF Journey # 6 - Lucrin Depot


23.7.2019
Temujanji kedua aku yang tertangguh selepas post et hari tu. Bulan 4 dulu dah jumpa prof dah. Masa tu macam agak terkilan.. putus harapan.. macam-macam la sebab prof kata aku sorang je yang langsung tak melekat dengan bacaan bawah 1. Prof ada cadangkan aku untuk ambil lucrin untuk kurangkan bacaan ca125 daripada 35.5 kepada bawah 8..tapi aku refuse. Pengalaman pertama masih dalam ingatan. Tapi sampai bulan neh period aku masih bertandang ikut jadual. Alhamdulillah… dalam perjalanan aku dan suami dah berbincang untuk tidak teruskan lagi et kali kedua dan terakhir (buat masa neh) selagi bacaan tak menurun. Malangnya bacaan masih tak berubah malah naik 0.01 (35.6). Buat pengetahuan korang bacaan normal adalah bawah 35.  Kecewa yang amat rasa.




Pertemuan 10 mata kali neh..  aku bersetuju untuk ambil Lucrin dengan perasaan bercampur baur. Menyerah kalah pada ubat neh dengan harapan bacaan akan menurun kepada 0.. Insha Allah.. semoga permulaan yang baik untuk aku dan suami kali neh. Korang doakan kami yea. 

Injection neh aku ambil 1 dos dulu, sebulan selepas tu jumpa prof lagi untuk review rasult ca125 

Pendaftaran : RM20

Leuprorelin Acetate 3.75mg (Lucrin) 1 x 362.30: RM362.30

hai.. jumpa lagi kita..
update 28.08.2019

Result 2nd ca125 keluar.. alhamdulillah.. bacaan turun kepada 25.8 . Suntikan kedua pada 31.08.2019 diteruskan. Doakan aku bacaan turun banyak yea. Sekarang neh aku buat diet IF (intermitten Fasting) geli geli.. huhu.. ok la.. berat pun maintain dalam 67kg (dengan tinggi 173cm). Kalau boleh nak turunkan lagi. Air manis dah cut off sikit. Kalau dulu tiap tiap hari kena ada milo suam sekarang seminggu dalam 3 4 kali je aku amek air manis. Yang lain-lain masih control macam biasa. 

update 23.01.2020

wa..selamat tahun baru.. hahaha.. baru ingat nak update.. adoii.. 

Result untuk selepas 2nd injection adalah 16.1. Alhamdulillah. masa tu makin bersemangat aku. Oh ya..selepas 1st injection, period korang akan datang seperti biasa. Jangan hairan pulak yea. Selepas 2nd injection baru la period betul-betul berhenti.

3rd injection aku pada 1.10.2019. Result 16.2. Adoyai.. dah tak turun dah seperti yang aku harapkan. Prof kata kalau boleh nak turunkan sampai bawah 10. 

Next TCA 29.10.2019. Hati neh redha je la.. prof kata xde masalah sebab itu je yang boleh. Endo dah tak aktif, boleh proceed dengan normal cycle. Untuk next period, 1st day aku kena ambil clomid 10mg perday selama 10 hari. Hari ke 10 aku datang untuk ambil suntikan Pregnyl. Pregnyl neh untuk pecahkan telur yea. Bermula la normal cycle kami.

Result BHCG keluar pada 31.12.2019.. kecewa lagi 1.46 sahaja. Hmm.. nak kata kecewa sepenuhnya tak jugak sebab sebelum neh result lepas transfer lagi rendah daripada neh.


No comments:

Post a Comment