kick off

Sunday, July 16, 2017

Percutian Bajet Koh Samui : Day 1

Day 1-  5/5/2017

Khamis malam kami dah bermalam kat rumah kak long. Macam biase la.. huhu.. agak lewat jugak la sampai sebab hubby balik kerja lambat. 

Cadangnye nak gerak jam 7 tapi bangun pun lambat.. dah kekdahnye tido lambat kann.. haha.. layan je la.. ape pun kite sarapan dulu. Aku dah rancang nak beli burger or else dekat airport nanti untuk bekalan atas feri nanti pandai tak kakak..hahaha..


Dah sarapan bagai, kami sampai airport dalam jam 10am. Ramai giler orang..huhu.. nak check in luggage siket punye panjang beratuq..Lepas tu baru p tapau dekat marry brown, burger and nugget. 


Dengan AK838, boarding time jam 11.20am.. bismillahirrahmanirrahim, kami mulakan perjalanan kami..

Perjalanan ambil masa 1 jam 30minit je. Turun je daripada flight, semua berpusu ke kaunter. Sediakan passport dan embarktion card korang siap-siap yea. Jangan kat kaunter baru nak isi sudah.. huhu.. sambil-sambil tunggu turn tu boleh la korang ke toilet bagai.. toiletnye dekat je je dengan tempat beratur tu.. huhu..


yeay.. dah sampai..

dalam bas nak ke jeti

ramai betul manuasia kat jeti neh.. huhu

Keluar je arrival hall boleh terus nampak kaunter Seatran.  Kami beli siap-siap tiket bas ke jeti Donsak ⇄ tiket feri ke Koh Samui ⇆ hotel transfer . Total THB2200 (THB1100x2pax). Perjalanan dari airport ke jeti mengambil masa 1jam 30minit dengan bas. Masa dalam bas tu nanti ade awek akan datang approach uols yea untuk pakej island hopping. Kitorang ambil pakej island hopping plus dengan kayak. Koya kan.. duk malaysia takdenye minat nk kayak.. tetibe kat sini meroyan nk berkayak.. huhu.. Island Hopping+Kayak = THB2800 (2pax)

Daripada jeti ke Koh Samui ambil masa 1jam 30minit jugak dengan feri. Aku banyak tidur dalam feri tatau la kenapa.. macam mabuk laut pun ado.. huhu.. Nak ke hotel pula ambil masa dalam 30 minit jugak.. nanti dah sampai pulau nanti ade la orang approach korang tanye nak pergi hotel mana or dah ade beli pakej. Macam biase la singgah menyinggah.. driver drop kami last sekali..huhu

Dengan harga hotel RM279.44 (5 hari 4 malam), alhamdulillah.. setakat neh tak pernah mengecewakan. Deposit untuk bilik kami THB300 je. Bilik tak la besar mana.. solat pun atas katil tapi yang penting ade aircond uols.. dan yang lagi penting internet kuat giler.. rase macam tak nak keluar bilik.. muhahaha..Kami bercuti di Langkawi, harga mahal sikit daripada yang neh pun takda aircond, internet apatah lagi. Sedih oo.. huhuhuu

Dah parking beg.. rehat dan solat.. pukul 8 lebih macam tu kami pun keluar nak pusing-pusing Chaweng. Actually Cheeky Monkey neh dah terletak dekat area pantai Chaweng.. nadi pulau neh.. boleh jalan kaki je. 

Pukul 10 lebih jugak kami balik ke bilik. Penat oo.. 




Sunday, May 14, 2017

Percutian Bajet Koh Samui -Preparation

Weehooo.. dah lame tak bercuti weh.. hehehe.. perjalanan kali ini ke Koh Samui untuk bulan 5 neh. Thailand tetap jadi pilihan kali neh.. Untuk kali neh aku nk share persediaan untuk ke sana hasil daripada research di blog dan FB.. mane tau boleh jadikan korang punye guide gak kan,, Percutian kami kali neh agak lama.. 6 hari 5 malam (gerak hari jumaat balik hari rabu). Act pelan asal nak balik hari isnin, macam biasa 4 hari 3 malam, tapi disebabkan takut isnin tak sempat nak kejar flight tengah hari, kami decide balik hari selasa... but flight takde or dah full.. jadi balik la hari rabu.. berhuhu la kami kat sana nanti.. hehehe. Ukeh, update pasal cuaca pulak. Bagi bulan 3 sampai 5, cuaca agak panas.. bulan 9 hingga 12 bese la.. musim hujan. Jadi pandai pandai la rancang perjalanan yea

Pengangkutan 

Daripada Bentong macam biasa la.. singgah rumah kak long dan esoknya die hantar ke airport.
Flight kami Air Asia (kata duta air asia.. huhuhu)

Perjalanan akan mengambil masa selama 1 jam 30 minit tapi turun di Surat Thani ya... Ada flight direct ke Samui tapi pricy la sket. Nak jimat kan.. 

Dari airport Surat Thani, kite akan naik bas pulak ke Donsak Jetty ( 1 jam 30 minit )

Dari Donsak Jetty ke Koh Samui ( 1 jam 30 minit jugak )


Dari Jeti Samui ke hotel, ikut jarak antara hotel dengan jeti

Boleh ambil pakej lengkap daru Surat Thani samada guna syarikat Raja Ferry atau Seatran. Setakat neh ape yang aku tau kedua dua syarikat ok.. tapi ramai refer kepada Seatran. 

Untuk Seatran, kalau kite beli tiket return dalam THB1100 sorang. 


Hotel
Untuk hotel, aku dah book Hotel Cheeky Monkey untuk 5 hari 4 malam. Asalnye macam nak stay dekat hotel lain jugak tapi malas pulak nak pindah randah.
Aku book melalui agoda. Agoda ada 2 harga 10% diskaun kalau kite bayar terus. RM 279.44 burn.. huhuhu...Oh ya.. kalau ikutkan aku lebih mudah dengan Booking.com tapi masalahnya bilik yang sama tapi harga yang lain. Jadi pandai pandai la buat comparison. Cheeky Monkey neh terletak di Chaweng Beach. Jarak daripada jeti 23.6km.. huhuhu



2nd hotel kami di Surathani.. Journey Hostel Surat.. total rm73.31.. ok la untuk sehari kan.. wait n see.. ngeh3..




Oh ya, area Chaweng neh happening sket pada waktu malam.. tapi tak la bising mane pun. Kalau nak suasana aman damai.. tak hevoc.. korang boleh duk area Lamai. 



Aktiviti

Aktiviti pertama yang wajib buat katenye.. island hoping ke Anthong Marine Park. nanti dalam bas ade wakil Travel Agency dari Phantip Travel promote pakej. Rate island hopping dalam THB 1300+-. Price neh dah termasuk harga masuk pulau, tranfer hotel ke jeti vise versa, makanan(breakfast/lunch/high tea). Aktiviti yang akan dibuat macam hiking, kayaking, snorkling dan p emerald pool. ok la kan.. 


Then kite wajib singgah Hin Tai Hin Yai @ grandmother grandfather rocks. Kat sana boleh beli souvenir murah (katenye la..huhu)


Kalau ade duit lebih, korang boleh ambil aktiviti safari.. macam biase la, naik gajah, tengok monyet.. nanti aku riki aktiviti neh nanti.


Yang penting kene sewa motor untuk pusing-pusing pulau, singgah kat sume view point.. baru syiok.. tapi kalau korang takde lesen or malas nak bawak moto, diorg pun ade pakej untuk bawak korang ke check point popular sini. 




Makanan

Makan kat sini dengarnye agak sukar didapati, tapi ade je kedai islam. Jadi, aku sediakan megi cup dan makanan dari Brahims. Senang kan.. Kalau terdesak sangat boleh pegi 7-e.. 7-e depa ade makanan instant, just panaskan kat sana. Pastikan bekas makanan tu ade label halal yea.


Sebagai langkah berjaga jaga.. aku ade beli electric lunch box




gambar sumber google sebab yang aku punye tak sampai lagi. beli dekat lazada je.. murah pun murah..

Ini antara list kedai makanan yang sempat aku google (masa semua guna motor yea):

1.  Restoran Ihsan- 10 minit dari Chaweng
2.  Kampung Melayu Hua Thanong - 30 minit dari Chaweng
3. Fisherman Village Night Market (jumaat malam je) - 15 ke 20 minit dari Chaweng
4. Restoran Faria - dalam kawasan Chaweng
5. Chaweng foodcourt - dalam kawasan Chaweng jugak
6. 7-e hehehe


Bajet Kasar

Hotel (dah settle siap siap) 

Cheeky Monkey Hostel RM279.44 (5 hari 4 malam)
Journey Hostel RM 73.31 (1 malam)

Tukar duit RM1200.00


Total RM1552.75



K bai..




Sunday, February 26, 2017

Ketua atau Pemimpin

Ketua atau pemimpin.. hmm.. tajuk yang berat setakat ni bila dah lama bekerja.
Mesti pelik kan kenapa tetibe tajuk jadi agak formal. Act masuk bulan 3 nanti genap la 11 tahun aku bekerja dengan mesin x-ray neh. Masih takde apa-apa perubahan sangat sebab masih berada di daerah Bentong, masih dengan gred sedia ada. Macam-macam ragam, macam macam kenangan dan pengalaman aku dapat walaupun berada di unit yang kecil (kalau nak bandingkan dengan kawan-kawan yang bekerja di jabatan yang besar)

Bermula dengan Bos A, Bos B, Bos C dan Sekarang bersama Bos D. Ketiga-tiga bos aku sebelum neh amat aku hargai dan sanjungi. Bukan nak membodek tapi korang boleh bayangkan saat nak buat FYP , Viva, final paper and so on.. datang seorang bos yang begitu memahami serta dapat meringankan beban atas kepala neh.. korang rasa macam mana? Alhamdulillah sangat-sangat..

Tapi yang terbaik selalu berada kat tempat yang bagus.. sekarang neh bersama Bos D yang baru menerima kenaikan pangkat pada tahun 2016 (kalau tak silap). Apa agaknya kait mengait KETUA atau PEMIMPIN dalam ini cerita agaknye kan.. Ceritanya sebab kami berada dalam genggaman KETUA bukan pemimpin. Perjalanan ke tempat kerja kami dah tak seseronok dulu. Aku mention KAMI bukan aku sebabnye kesemua staff kat tempat kerja aku mengalami depress yang sama..

Nama kami dijaja didepan pengarah sebagai staff yang tak dengar cakap, tidak membantu beliau, tidak menghormati beliau.. lagakan kami antara staff (lebih kepada fitnah rasanya).. agak-agak korang la.. mampu ke bekerja dalam environment macam neh? setakat neh kami boleh bertahan lagi. Doakan kami terus bersatu menidakkan fitnah beliau yea.. hmm.. 

Aku quot dari satu blog neh
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Merujuk kepada penulisan rencana JOM AUDIT oleh Prof Dr Muhaya Mohamad yang disiarkan pada 7 Disember 2014 di mingguan Malaysia.

Tajuknya Beza antara Ketua dengan Pemimpin
Secara kesimpulanya Prof Dr Muhaya mengesorkan jadilah pemimpin yang dapat memberikan manfaat kepada orang sekeliling kita. Amalkan sikap mempermudahkan urusan bukan menyusahkan urusan orang sekeliling.

Jadi kita soal diri  kita sendiri.Adakah kita bersikap demikian pada isteri kita, suami kita, anak anak kita, ibubapa kita, jiran kita, rakan sekerja kita, AJK kita dan sebagainya??

Prof Dr Muhaya membariskan 9 perkara yang membezakan seorang ketua dengan pemimpin.


  • Seorang ketua ialah pendesak, yang hanya tahu menyampaikan maksud dan tujuan tanpa mengambilkira keadaan orang lain yang di sesaknya. Seorang ketua hanya fikir menfaat sendiri daripada orang lain demi nama mahupun keuntungan. Pemimpin pula selalunya pemberi inspirasi kepada orang lain, mendahului kawalan emosi, menanamkan kepercayaan terhadap orang lain.

  • Seorang ketua mahukan penghormatan tetapi pemimpin mendapatkan penghormatan. Ramai ketua atau pembantu ketua mahupun pengerusi organisasi mahu penghormatan dari YB kawasan atau KM di atas tindakannya. Hanya melalui percakapan atau surat mereka, projek akan di luluskan.

  • Seorang Ketua, apabila membuat sesuatu kerja, dia suka mengatakan `saya’ tetapi seorang pemimpin akan mengatakan kita atau kami. Seorang Ketua berfikiran belaiu orang number 1 dan berjaya di dalam urusan adalah kerana kehebatan beliau. Sebaliknya, seorang pemimpin, beliau suka kepada konsep kebersamaan. Kejayaan adalah kerana sikap bantu membantu.

  • Seorang Ketua suka `menakutkan orang/menimbulkan rasa takut orang sekeliling terhadap sesuatu perkara. Seorang Ketua cukup takut jika ahlinya takut padanya. Tetapi seorang pemimpin, tidak menakutkan orang lain, malah memberikan semangat dan inspirasi, semangat atau memudahkan urusan.

  • Seorang Ketua selalu meletakkan salah kepada orang lain, tetapi seorang pemimpin memikulkan kesalahan. Seorang Ketua suka menyalahkan dan mencari kesilapan. Tetapi seorang pemimpin mengambil tanggungjawab dan ambil risiko.

  • Seorang ketua menggunakan staf / orang bawahannya tetapi seorang pemimpin membangunkan orang lain atau membina bakat/kepakaran.

  • Seorang ketua hanya mahu menerima penghargaan dan pujian tetapi pemimpin suka memberi penghargaan dan pujian. Seorang Ketua suka ungkit kesalahan orang lain berulang kali.

  • Seorang Ketua hanya tahu mengarah membuat kerja tetapi seorang pemimpin suka mengajak melakukan kerja bersama sama.

  • Sikap seorang Ketua ialah suka meminta penyelesaian tetapi pemimpin mencari penyelesaian. Apabila berhadapan dengan masalah, seorang ketua akan sibuk mencari siapa yang menjadi punca masalah, siapa yang melakukan dan sebagainya.

  • Akhirnya, jadilah seorang pemimpin, tidak kira biar apa pun posisi sebagai pemimpin samada suami, isteri, ayah, ibu, ketua jabatan mahupun Pengerusi dan Timbalan Pengerusi organisasi atau Persatuan.

Berbalik pada cerita aku tadi, ramai yang menasihatkan supaya jumpa pengarah tapi kami sebulat suara membiarkan sehinggalah jika melibatkan SKT kami (sebab beliau dah ugut untuk kacau markah SKT kami dengan sebab yang tak dapat diterima akal)

Insha Allah.. doa yang  baik-baik untuk dapat perkara yang baik.

Doakan kami ya..

k bai.. 

Percutian ke Sabah (compilation)

Maafkan ambee... kali ke empat menjejakkan kaki ke sabah, tapi baru sekarang gigih nak mengupdate.. huhuhu.. Dengan kata lain aku cuma akan ceghita pasai tempat menarik yang korang wajib jejakkan kaki di Sabah dan update perbelanjaan percutian aku yang terakhir je la eh...  wuwuwu.. trip 2014 ngan 2016 je yea.. puas nk korek gambo lame.. mane ntah letak..


PULAU

Ke pulau kite.. sebab ape kami selalu ke pulau dulu sebelum ke tempat lain? sebabnye senang nak keringkan baju.. takde la bawak balik baju basah.. ngeh..ngeh..ngeh.. 
Untuk pakej pulau, korang kene pergi ke jeti Jesselton. Dekat sana, banyak syarikat yang menyediakan pakej ke pulau. Pilih je mane yang berkenan. Syarikat yang pernah aku ambil Sunny Rainbow Tours&Travel Sdn.Bhd. Harga untuk seorang RM25 untuk satu pulau tapi pandai-pandai la korang kawtim dengan awek kat kaunter atau klik link kat atas untuk tau harga lebih lanjut.





Untuk sarapan, korang boleh makan di jeti Jesselton je.. banyak kedai yang jual makanan cuma tak kena dengan tekak aku je.. huhu.. jangan lupa bungkus siap-siap untuk makan tengah hari di pulau. Di pulau ada je orang jual makanan tapi harga memang mencanak ler.. yang nak berjimat cermat tu better tapau je. Selain Pulau Manukan korang boleh jugak ke Pulau Mamutik, Pulau Sapi, dan Pulau Gaya 











RUMAH TERBALIK

FYI.. Rumah terbalik pertama di Malaysia adalah yang terletak di Tamparuli, Sabah yang menelan kos sebanyak rm500,000.00 oleh usahawan Alexander Yee (tetibe rajin mengexplain asal usul.. hahaha).. Pembukaan Rumah Terbalik Sabah ini pada awal Februari 2012, kali pertama aku ke sana pada tahun 2014.   

Kalau korang nak ke sana, samada menggunakan google map or waze, taip je Rumah Terbalik, Tamparuli (Batu 21, Jalan Telibong Tamparuli) 40 minit dari pusat bandar. Dibuka setiap hari termasuk cuti umum dari jam 8 pagi hingga 10 malam. Bayaran masuk rm10.60 untuk dewasa dan rm5.30 untuk kanak-kanak yang mempunyai mykad sahaja yea.. yang takde mykad harga lain..(termasuk gst.. nangessss) 










PEKAN NABALU

Tatau la kalau korang suke ke tak tempat neh. Kitorang suka sebab view die cantik.. berlatar belakangkan gunung kinabalu ko... kat sini jugak ade orang menjual barang-barang kraftangan macam dekat pasar philipine tu tapi agak mahal la. Ianya 45minit perjalanan dari Rumah Terbalik. 






KINABALU PARK

Kinabalu Park neh lebih kurang 45 minit dari Pekan Nabalu. Jadi rancang perjalanan anda. Kalau boleh korang kena gerak awal dari bandar. Kalau tak, melepas nak tengok puncak gunung Kinabalu (seeloknya jam 7 dah gerak). Pintu masuk neh tempat permulaan para pendaki ke puncak Gunung Kinabalu






Untuk trip 2016 ada sedikit kelainan, sebelum neh ada kejadian gempa bumi yang mengorbankan banyak nyawa termasuk malim kita. Hmmm.. 




DESA DAIRY FARM/DESA CATTLE

Neh tempat yang paling aku suka.. hehehe.. susu nya yang sedap.. ice cream pun.. hadoi.. bila teringat terasa nak terbang je ke sana.. huhuhu.. lebih kurang 35minit dari Kinabalu Park.










Yang neh trip 2016.. dah banyak perubahan.. aku pun tatau nak cakap suke ke tak.. lepas tu ramai giler orang ke sini.. sesak weh.. nak beli susu pun beratur panjang.. sedey.. huhuu.. kalau dulu seronok, orang tak ramai, view lebih natural. Kalau tak silap aku, tempat batu yang kitorang ambil gambar tu dah diwarnakan.. pastu susah nak berenti sebab kereta banyak parking tepi-tepi jalan.. =(