kick off

Thursday, September 12, 2019

Percutian Bajet Phuket : Entry

Wehuuu.. happy birthday to me.. tapi bukan 4hb.. tapi 6hb 1.. huhu.. trip kali neh kekonon nak celebrate birthday aku la.. betul la tu. hehehe.. ukeh.. lets go.. 

Macam biasa hari sebelum tu kami gerak ke KL. Kali neh aku stay rumah adik aku dekat usj. Malam tu macam macam berita pasal ribut di krabi, koh samui, phuket..ribut Pabuk. Mak aku dah banyak kali call tanya jadi ke tak nak p phuket. Lagi lagi dengan kes tsunami tahun 2014. Memang die risau sangat la. Aku kata on je sebab satunya aku tengok hotel yang kami book agak jauh dari pantai dan masa tu dah masuk hari ke 5 atau 6 ribut dah berlaku. Tapi flight ke koh samui, krabi semua delayed dan ada yang cancel. Menandakan kedua dua tempat agak kritikal. Kami tawakalillah je la.. 

Pengangkutan

Dari Bentong aku gerak lepas kerja. Kali neh saja mintak adik aku hantar ke airport. Rindu anak sedara sebenarnya..huhu..pukul 1 lebih baru tido.. pukul 3 pagi dah bangun sebab flight kitorang pukul 7 pagi. Saja ambil flight pagi sebab dapat buat banyak aktiviti.. Perjalanan ambil masa dalam 1 jam 30 min. Dari airport Phuket ke Patong sewa minibas (van), ambil masa 1 jam ke 1 jam 30 min.. Kalau driver banyak kali berhenti.. lambat la korang sampai.

Makanan 

Persediaan aku macam biasa. Bawak electric lunch box. Terpaksa beli baru sebab yang lama da barai.. huhuh.. 



macam neh la ghupa electric lunch box. Korang boleh steam, masak nasi, panaskan lauk.. rebus telur.. goreng je tak boleh..yang aku bli warna purple.. hehe.. 

Selain daripada tu aku bawak beras, siap pack kecil kecil. 1 pot kecik untuk kitorang berdua dan cukup. Aku bawak untuk 4 pack. Nak jimat kononnye.. huhu.. Untuk lauk kitorang bawak daging dendeng dengan daging itam manis dari efbi. Sedap jugak la.. korang try la.. cukup rasa suma..cuma panaskan dalam air panas je. 




Antara kedai makan yang ada dalam list aku:
1. Kusuma Halal Thai Seafood
2. Kedai makan sekitar Masjid Nurul Islam, Jalan Phrabaramee (banyak kedai makan area sini, semua sedap-sedap dan harga berpatutan)
3. High Aim
4. D'Pantai Restaurant (Kalim Beach)
5. Ban Sang Duan Muslim Restaurant (Kamala Beach)

Tempat lain ada je kedai halal tapi tak banyak.. kene mencari sikit. Makanan kat sini sume sedap sedap ulang lagi.. tengah menaip pun menceces ayaq liuq hahaha..


Lupa pulak.. saja suggest korang bawak extention socket neh sekali. Siap ade 4 usb port. Takde la nak gaduh gaduh plug tak cukup. Aku siap masak electric cooker guna socket neh sebab wire cooker tu pendek. Recommended..


Penginapan

Penginapan kami di Forty Winks Phuket Hotel. Dah la murah, lokasi strategik, staff sume baik baik. Ada swimming pool lagi. Bilik hari hari diorang masuk bersihkan dan tukar towel. Kiranya pasal penginapan amat berpuas hati



antara harga bilik yang disediakan


Harga hotel tu dah termasuk sewa scooter untuk 4 hari 3 malam yea. 


Tempat mesti pergi


1. Kata Noi Beach
Kata Noi Beach adalah sebuah pantai berpasir halus, airnya yang jernih dan yang menariknya lagi,  Kata Noi Beach juga agak privasi jika dibezakan dengan pantai-pantai lain di sekitar Phuket kerana lokasinya yang agak tersorok dan jauh dari pusat bandar Phuket.
Waktu yang terbaik untuk ke pantai ini adalah dari bulan Disember hingga April kerana airnya lebih tenang untuk bermandi-manda. Manakala dari bulan Mei hingga Oktober pula, ombak besar dan menjadikan ia lebih sesuai untuk aktiviti surfing.

Alamat: Karon, Mueang Phuket District, Phuket 83100
2.    Koh Bon
Koh Bon adalah pulau yang terletak hanyalah sekitar 2 km dari Rawai. Pulau dengan kepanjangan 1.2 km dan kelebaran 500 meter ini cukup kecil dan amat sesuai untuk snorkleling
Alamat: Rawai, Mueang Phuket District, 83100

3.     Phuket Walking Street

Phuket Walking Street atau nama lainnya Lardyai yang membawa maksud pasar besar di dalam dialek Selatan Thailand adalah pasar yang sangat berbeza daripada yang lain. Berjalan di sepanjang Phuket Walking Street ini membuatkan anda terasa seperti berada di ‘street art’ yang penuh dengan kemeriahan.
Pasar yang dimulakan pada tahun 2013 ini terletak di Thalang Road, iaitu di tengah-tengah bandaraya yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan bersejarah bereka bentuk Sino-Portugis.
Dari gerai-gerai yang menjual pelbagai kraftangan kreatif, kedai mainan, butik pakaian hinggalah kepada tempat bermain trampolin percuma, macam berada di sarkas pula rasanya. Bukan itu sahaja, bab makanan memang tak perlu risau, macam-macam tersedia untuk mengisi perut yang kosong sambil menghiburkan mata dengan keunikan pasar ini.
Waktu Operasi: Ahad (4.00pm – 10.00pm)
Alamat: Thalang Road, Phuket Old Town

4.    Freedom Beach, Ao Sane Beach
Freedom Beach adalah salah satu daripada pantai yang terindah berpasir putih 
Pantai ini terletak hampir dengan pantai yang tersibuk di Phuket iaitu Patong Beach.
Untuk menuju ke sini, anda perlu menaiki bot panjang yang tersedia hanya dari bulan Disember ke Jun ketika musim cuti. Dalam perjalanan ke sini, anda akan melepasi beberapa buah pantai yang lain yang lebih sibuk seperti Pantai Merlin, Pantai Paradise dan Pantai Tri Trang.
Alamat: Nai Harn, Rawai, Phuket

5.    Phuket Weekend Night Market
Phuket Weekend Night Market ataupun lebih dikenali oleh masyarakat setempat sebagai Naka Market adalah sebuah pasar malam yang terletak di sepanjang Chao Fa West Road.
Bagi anda yang kaki bershopping tapi gemar berbajet, inilah syurga yang dicari. Cukup banyak barangan-barangan terpakai dijual di dalam pasar ini. Bukan itu sahaja, barangan lain yang boleh dijumpai disini juga adalah seperti cenderamata, beg, perhiasan, barangan elektronik dan macam-macam lagi, sampai berpinar mata dibuatnya.
Waktu Operasi: Sabtu & Ahad (4.00pm – 9.00pm)
Alamat: Chao Fa West Road, Phuket Town

6.    Prompthep Cape Viewpoint
Prompthep Cape Viewpoint adalah sebuah lagi puncak bukit yang terkenal dalam kalangan jurugambar. Untuk menuju ke bahagian puncaknya, anda perlu berjalan kaki selama 30 minit. 
Selain pemandangan yang indah, Prompthep Cape Viewpoint turut lengkap dengan kedai-kedai cenderamata, kedai serbaneka dan tandas. Bagi anda yang memandu, tempat meletak kereta turut disediakan.
Alamat: Rawai, Mueang Phuket District, Phuket

7.    Phuket Old Town
Tidak ubah seperti Georgetown di Penang, Phuket Old Town penuh dengan kedai-kedai yang terletak di dalam bangunan-bangunan lama yang cukup terserlah usia klasiknya.
Bangunan-bangunan dengan gaya seni bina Sino-Portugis menjadi refleksi kepada kedatangan Eropah pada suatu ketika dahulu kerana kekayaan bijih timah bandar Phuket. Di sini juga anda akan menemui banyak restoran, cafe dan butik.
Selain itu, Phuket Old Town turut menempatkan banyak kuil dan muzium-muzium dengan koleksi yang unik untuk dilihat.
Alamat: Phuket Town, Phuket 83000

8.    Pantai Surin
Berpasir putih yang lembut dipijak kaki, airnya yang berwarna biru kehijau-hijauan
Kalau korang ke sini,korang boleh merancang untuk bersnorkeling di bahagian berbatu sama ada di arah utara atau selatan Pantai Surin.
Alamat: Choeng Thale, Thalang District, Phuket 83110

9.    Pantai Karon
Salah satu pantai yang terpanjang di Phuket, Pantai Karon, dikatakan antara salah satu pantai yang paling sesuai untuk dilawati bersama keluarga.
Di sekitar pantai ini juga terdapat banyak penginapan keluarga yang menarik, restoran-restoran, gerai cenderamata dan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan penting sewaktu bercuti.
Alamat: Karon, Mueang Phuket District, Phuket 83100

10.    Karon View Point
Nama tempatan bagi Karon View Point adalah ‘Khao Saam Haad’ yang bermaksud Bukit Tiga Pantai. Bukit ini dinamakan sedemikian kerana dari puncaknya, anda dapat menikmati pemandangan 3 buah pantai, pantai yang terdekat dan terkecil iaitu Pantai Kata Noi, pantai yang indah Koh Poo dan pantai yang terjauh dari pandangan, Pantai Karon.
Alamat: 4233, Tambon Karon, Amphoe Mueang Phuket, Chang Wat Phuket 83100


Bajet Kasar

Hotel  + scooter          : Rm527.79 (2 pax)
Tukar duit                   : Rm1000.00(2 pax)


Total : RM1527.79