Macam biasa hari sebelum tu kami gerak ke KL. Kali neh aku stay rumah adik aku dekat usj. Malam tu macam macam berita pasal ribut di krabi, koh samui, phuket..ribut Pabuk. Mak aku dah banyak kali call tanya jadi ke tak nak p phuket. Lagi lagi dengan kes tsunami tahun 2014. Memang die risau sangat la. Aku kata on je sebab satunya aku tengok hotel yang kami book agak jauh dari pantai dan masa tu dah masuk hari ke 5 atau 6 ribut dah berlaku. Tapi flight ke koh samui, krabi semua delayed dan ada yang cancel. Menandakan kedua dua tempat agak kritikal. Kami tawakalillah je la..
Pengangkutan
Dari Bentong aku gerak lepas kerja. Kali neh saja mintak adik aku hantar ke airport. Rindu anak sedara sebenarnya..huhu..pukul 1 lebih baru tido.. pukul 3 pagi dah bangun sebab flight kitorang pukul 7 pagi. Saja ambil flight pagi sebab dapat buat banyak aktiviti.. Perjalanan ambil masa dalam 1 jam 30 min. Dari airport Phuket ke Patong sewa minibas (van), ambil masa 1 jam ke 1 jam 30 min.. Kalau driver banyak kali berhenti.. lambat la korang sampai.
Makanan
Persediaan aku macam biasa. Bawak electric lunch box. Terpaksa beli baru sebab yang lama da barai.. huhuh..
macam neh la ghupa electric lunch box. Korang boleh steam, masak nasi, panaskan lauk.. rebus telur.. goreng je tak boleh..yang aku bli warna purple.. hehe..
Selain daripada tu aku bawak beras, siap pack kecil kecil. 1 pot kecik untuk kitorang berdua dan cukup. Aku bawak untuk 4 pack. Nak jimat kononnye.. huhu.. Untuk lauk kitorang bawak daging dendeng dengan daging itam manis dari efbi. Sedap jugak la.. korang try la.. cukup rasa suma..cuma panaskan dalam air panas je.
Antara kedai makan yang ada dalam list aku:
1. Kusuma Halal Thai Seafood
2. Kedai makan sekitar Masjid Nurul Islam, Jalan Phrabaramee (banyak kedai makan area sini, semua sedap-sedap dan harga berpatutan)
3. High Aim
4. D'Pantai Restaurant (Kalim Beach)
5. Ban Sang Duan Muslim Restaurant (Kamala Beach)
Tempat lain ada je kedai halal tapi tak banyak.. kene mencari sikit. Makanan kat sini sume sedap sedap
Lupa pulak.. saja suggest korang bawak extention socket neh sekali. Siap ade 4 usb port. Takde la nak gaduh gaduh plug tak cukup. Aku siap masak electric cooker guna socket neh sebab wire cooker tu pendek. Recommended..
Penginapan
Penginapan kami di Forty Winks Phuket Hotel. Dah la murah, lokasi strategik, staff sume baik baik. Ada swimming pool lagi. Bilik hari hari diorang masuk bersihkan dan tukar towel. Kiranya pasal penginapan amat berpuas hati
antara harga bilik yang disediakan
Harga hotel tu dah termasuk sewa scooter untuk 4 hari 3 malam yea.
Tempat mesti pergi
1. Kata Noi Beach
Kata Noi Beach adalah sebuah
pantai berpasir halus, airnya yang jernih dan yang menariknya lagi, Kata Noi Beach
juga agak privasi jika dibezakan dengan pantai-pantai lain di sekitar Phuket
kerana lokasinya yang agak tersorok dan jauh dari pusat bandar Phuket.
Waktu yang terbaik untuk ke
pantai ini adalah dari bulan Disember hingga April kerana airnya lebih tenang
untuk bermandi-manda. Manakala dari bulan Mei hingga Oktober
pula, ombak besar dan menjadikan ia lebih sesuai untuk aktiviti
surfing.
Alamat: Karon,
Mueang Phuket District, Phuket 83100
2. Koh Bon
Koh Bon adalah pulau yang
terletak hanyalah sekitar 2 km dari Rawai. Pulau dengan kepanjangan 1.2 km dan
kelebaran 500 meter ini cukup kecil dan amat sesuai untuk snorkleling
Alamat: Rawai,
Mueang Phuket District, 83100
3. Phuket Walking Street
Phuket Walking Street atau
nama lainnya Lardyai yang membawa maksud pasar besar di dalam dialek Selatan
Thailand adalah pasar yang sangat berbeza daripada yang lain. Berjalan di
sepanjang Phuket Walking Street ini membuatkan anda terasa seperti berada di
‘street art’ yang penuh dengan kemeriahan.
Pasar yang dimulakan pada
tahun 2013 ini terletak di Thalang Road, iaitu di tengah-tengah bandaraya yang
dipenuhi dengan bangunan-bangunan bersejarah bereka bentuk Sino-Portugis.
Dari gerai-gerai yang menjual
pelbagai kraftangan kreatif, kedai mainan, butik pakaian hinggalah kepada
tempat bermain trampolin percuma, macam berada di sarkas pula rasanya. Bukan
itu sahaja, bab makanan memang tak perlu risau, macam-macam tersedia untuk
mengisi perut yang kosong sambil menghiburkan mata dengan keunikan pasar ini.
Waktu Operasi: Ahad
(4.00pm – 10.00pm)
Alamat: Thalang
Road, Phuket Old Town
4. Freedom Beach, Ao Sane Beach
Freedom Beach adalah salah
satu daripada pantai yang terindah berpasir putih
Pantai ini terletak
hampir dengan pantai yang tersibuk di Phuket iaitu Patong Beach.
Untuk menuju ke sini, anda
perlu menaiki bot panjang yang tersedia hanya dari bulan Disember ke Jun ketika
musim cuti. Dalam perjalanan ke sini, anda akan melepasi beberapa buah pantai
yang lain yang lebih sibuk seperti Pantai Merlin, Pantai Paradise dan Pantai
Tri Trang.
Alamat: Nai
Harn, Rawai, Phuket
5. Phuket Weekend Night Market
Phuket Weekend Night Market
ataupun lebih dikenali oleh masyarakat setempat sebagai Naka Market adalah
sebuah pasar malam yang terletak di sepanjang Chao Fa West Road.
Bagi anda yang kaki
bershopping tapi gemar berbajet, inilah syurga yang dicari. Cukup banyak
barangan-barangan terpakai dijual di dalam pasar ini. Bukan itu sahaja,
barangan lain yang boleh dijumpai disini juga adalah seperti cenderamata, beg,
perhiasan, barangan elektronik dan macam-macam lagi, sampai berpinar mata
dibuatnya.
Waktu Operasi: Sabtu
& Ahad (4.00pm – 9.00pm)
Alamat: Chao
Fa West Road, Phuket Town
6. Prompthep Cape Viewpoint
Prompthep Cape Viewpoint
adalah sebuah lagi puncak bukit yang terkenal dalam kalangan jurugambar. Untuk menuju ke bahagian
puncaknya, anda perlu berjalan kaki selama 30 minit.
Selain pemandangan yang
indah, Prompthep Cape Viewpoint turut lengkap dengan kedai-kedai cenderamata,
kedai serbaneka dan tandas. Bagi anda yang memandu, tempat meletak kereta turut
disediakan.
Alamat: Rawai,
Mueang Phuket District, Phuket
7. Phuket Old Town
Tidak ubah seperti Georgetown
di Penang, Phuket Old Town penuh dengan kedai-kedai yang terletak di dalam
bangunan-bangunan lama yang cukup terserlah usia klasiknya.
Bangunan-bangunan dengan gaya
seni bina Sino-Portugis menjadi refleksi kepada kedatangan Eropah pada suatu
ketika dahulu kerana kekayaan bijih timah bandar Phuket. Di sini juga anda akan
menemui banyak restoran, cafe dan butik.
Selain itu, Phuket Old Town
turut menempatkan banyak kuil dan muzium-muzium dengan koleksi yang unik untuk
dilihat.
Alamat: Phuket
Town, Phuket 83000
8. Pantai Surin
Berpasir putih yang lembut
dipijak kaki, airnya yang berwarna biru kehijau-hijauan
Kalau korang ke sini,korang boleh merancang untuk bersnorkeling di bahagian berbatu sama ada di arah utara
atau selatan Pantai Surin.
Alamat: Choeng
Thale, Thalang District, Phuket 83110
9. Pantai Karon
Salah satu pantai yang
terpanjang di Phuket, Pantai Karon, dikatakan antara salah satu pantai yang
paling sesuai untuk dilawati bersama keluarga.
Di sekitar pantai ini juga
terdapat banyak penginapan keluarga yang menarik, restoran-restoran, gerai
cenderamata dan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan penting sewaktu
bercuti.
Alamat: Karon,
Mueang Phuket District, Phuket 83100
10. Karon View Point
Nama tempatan bagi Karon View
Point adalah ‘Khao Saam Haad’ yang bermaksud Bukit Tiga Pantai. Bukit ini
dinamakan sedemikian kerana dari puncaknya, anda dapat menikmati pemandangan 3
buah pantai, pantai yang terdekat dan terkecil iaitu Pantai Kata Noi, pantai
yang indah Koh Poo dan pantai yang terjauh dari pandangan, Pantai Karon.
Alamat: 4233,
Tambon Karon, Amphoe Mueang Phuket, Chang Wat Phuket 83100
Bajet Kasar
Hotel + scooter : Rm527.79 (2 pax)
Tukar duit : Rm1000.00(2 pax)
Total : RM1527.79
No comments:
Post a Comment