kick off

Tuesday, March 29, 2011

cUTi berSama AnaK-aNaK teRSayanG...=)

cuti.. tapi xmacam cuti pun... hurmmm.... aku rase semester neh adalah yang telah berjaya menyetereskan hidup aku.. huhuhu.. tapikan kalu nk stoli moli pasal cuti aku baru-baru neh.. agak menarik la.. yang penting aku dapat jumpe anak-anak aku.. windu sama kalian.. hikhikhik

hm.. 1..2..3..aik.. mane lg 2? 

 amboi.. bestnye tdo.. perut kenyang, macam-macam la diorg neh.. huhuhu


 erkk... alamak.. terkantoi plak aku neh.. nh la cik teh.. aka cik puteh..


bestnye landing kat perut ibu kan.. suke la tu.. kann...

hahaha.. neh bukan kat egyp yea.. neh kat pekan bandar diraja je.. hehehe.. 

 ha.. neh la rupenye anak aku.. name die Gemuk.. muke die neh menunjukkan beliau sedang sakit perut.. dengan kata lain tengah cirit birit.. pnat mak aku basuh rumah tiap kali beliau neh tercirit.. huhuh


alala.. kesiannye die..monyok je.. sakit perut yea syg...

anak aku lagisekor ntah mane peginye.. comel namenye.. lupe plak nak kenalkan ibu mereka neh..

hehehe.. cian anak-anak aku.. neh tengah sakit mate.. xpe, aku da beli ubat sakit mate kat klinik penni semalam.. huhuhu.. ibu neh namenye Montel.. beliau neh plak baru saje kehilangan 3 ekor cahaya mata baru.. mak aku cakap die xde susu sbb tu anak die mati.. mase tu plak mak ngan ayah aku balik kampung, xdo yo masenyo nk jadi bidan kek dio neh macam biaso.. erkk.. nape lak aku skiping nogori neh.. erk.. haa.. sebab ei.. dak montel neh ic nyo nogori.. hehehe...
erkk..tetibe rase sunyi...=(

Saturday, March 19, 2011

BanGun pagi..gOsoK giGI.. LaLaLA....

5.00 am         : bagun la woi.. da pukul berape neh...

6.15am         : eh, da lewat neh.. kang nak sarapan lagi.. of course kat Mc D.. ngeee...=)

8.05am         : makan sini yea, set 6 with coffee yar, thanks... umm... yum..yum...

8.20am         : argh... da lambat... !!

8.40am         : fuhh.. seb bek.. prof tak masuk lagi...=)

Minggu neh di class ade yang menarik ade yang tak menarik...
Aku citer yang tak menarik dlu.. class hari neh tak berape penuh la.. adda ngan potter pun tak datang. boring betul aku.. evening class pun terpaksa batal, En. Zul sakit.. semoga die cepat sihat.... aminn...yang bestnye pulak, hari neh lecturer sume bersemangat.. exam tinggal lagi sebulan.. makin bersemangat aku.. hehehe...
i like this view.. another side of me.. =D

classmate aku lagi bersemangat.. lect note aku? hahaha... xberape nak memberangsangkan...=P


ni la sarapan aku.. err.. bukan sarapan sangat la.. tapi nh la yang dapat cover perut aku yang slalu tak sihat neh.. huhuhu....

get ready to go home.. arghh.. really miss my abg bob...isk..isk..isk...=(

sekarang neh baru menyesal pakai manual.. sabo je laa...

jem teruk gak tadi kat federal highway..those all pic neh dapat capture tyme kete berenti tau.. safety 1st ma...=P

hari neh dalam sejarah dapat balik awal.. pukul 6 petang da sampai rumah.. sambung buat assignment lor...=( chayouukkk!!!!

Wednesday, March 16, 2011

cheEzEe mAniA...=D

'Dik, oreo cheese 2, New York cheese 1 yea, take away.. thanks..'
Pergh, dengan selumber aku mengoder cake kat secret recipe tadi.. kire kire nak dinner ngan cheese la malam neh.. hehehe.. aku rase baru je 2 hari lepas aku belasah blueberry cheese tart.. adoii.. kecur air liur aku mengingatkan kesedapan cheese tu.. hehehe.. 

oho.. ini la oreo cheese feveret aku tu.. =D

neh plak new york cheese.. nh lagi sodap.. rase cheese die memang menggiurkan.. huahuahua

ini sume aku yang punya.. hahaha.. uppsss... 

Tuesday, March 15, 2011

peRGi taKKaN keMbaLi...

Innalillahiwainnailaihirajiun.... kite merancang hanya tuhan yang menentukan...
pemergian jiran aku yang aku panggil tok neh amat aku rasai. bukan kerana aku rapat dengan arwah tapi aku baru tegur arwah sabtu baru baru neh. senyuman arwah masih dalam ingatan aku. Pemergian arwah tanpa perlu menyusahkan anak anaknya, tanpa perlu menanggung sakit.. perginya tanpa ada sesiapa disisi.. sempat jugak aku sedekahkan Al-Fatihah dan surah Yasin sebelum pergi kerja tadi.. hmmm.. tetibe aku teringatkan ma ngan abah kt kampung.. dah lame jugak aku tak balik walaupun diorg ade datang tido rumah aku sabtu baru neh.. xsame macam aku balik sana..harap-harap ma ngan abah sentiasa berada dibawah lindungan yang Maha Esa... aminnn.....

 [gambar di atas tiada kene mengene dengan yang hidup ataupun yang telah tiada...]
actually, aku suka mengingatkan diri aku tentang kematian.. walaupun rase macam tak sanggup tapi hakikatnya aku pasti akan kembali padanya.. hmmm.. 


 [gambar di atas tiada kene mengene dengan yang hidup ataupun yang telah tiada...]

cni ade sesuatu yang sentiasa kne refresh dalam kepala kite neh...

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
 
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
wallahualam...
 

Sunday, March 13, 2011

mY dEaresT...

one more group finish their practical here.. i felt a little bit disappointed actually.. less time with them..
mayb aku terlalu letakkan harapan yang terlalu tinggi pada setiap student yang datang 
practical here.. 
yea la.. sape lagi nak memertabatkan kerjaya kitorang selain daripada kitorang neh.
tak sabar rasenye nak habiskan study aku. rase tak sabar nk
mencurahkan ilmu pada anak2 bangsa aku sendiri..

cute kan diorang neh.. hehehe.. tengok la sape kakak diorang neh..=D


oh... this is my colleague.. mR. Z... paling disayangi oleh setiap student yang datang.. hehehe..

bile cakap pasal study neh tetibe aku teringatkan sesuatu....
arrrgghhh... my assignment!! blum stat lagi upenye.. next week nak hantar....

 releks ar....errr...
gosh.. how come i forgot this.....=(

Thursday, March 10, 2011

stREss

akhirnye assignment ultrasound siap.. tp aku x sure jwn yg aku bg tu meyakinkan atau x.. walaupun 2 kredit hour je tp ia berjaya menyeteress kan aku. tinggal MRI ngan CT Scan je lg. mggu dpn plak ade test MRI. aduss.. 1 pun blum prepare lg neh.. digital imaging blum stat study lg.. da la 3 kredit hour.. masak aku mcm nh..=(



hujung bulan nh plak da stat nak audit tuk akreditasi. unit aku blum prepare pe pun lg neh.. byk yg kne wat.. huarrrrrrrrghhhhhh!!!!! i need a vacation!!!
hmmm.. really missed this vacation...=(

Saturday, March 5, 2011

bOwLIng FeVEr

At last.. tournament bowling hari nh berjalan dengan lancar dan meriah sampai sakit kepala aku, huhuhu.. tahniah kepada penganjur, AJK Kecergasan Hospital Bentong. you are the best la.. nanti anjur lg yea...=)

nh aku pye.. hehehe..


terima kasih gak kepada sponser, YB Dato' Hoh Khai Mun.... nanti2 sponser la lg yea..=)


dlm ramai2, matron yg paling happening tp xbleh lawan CC, husband die.. hehehe....semangat betul kan.. i like... =)


not bad la 1st timer cam aku neh.. hehehe.. xpe.. usaha tangga kejayaan... wat pe nk malu kan...=) chayoukk... credit 4 Hj Sha, sbb jd coach x bebayo.. hehehe

Thursday, March 3, 2011

chayOOuk..

huh.. assignment banyak blum wat lg. date due sume da dkt.. exam pun tinggal sebulan je lg. adoi.. bleh ke neh...

bulatkan mate.. capangkan telinge.. stARt StudY!!!!

Opick Ketika Cinta Memanggil & Lirik


so sWeeT....=)

huArrGhhhh!!!!


huh.. very tired today.. awal bulan byk yg kne nk wat, reten2 kne hantar. mujur gak student ramai ini bulan. hehehe...kulikan aje depa tu.. huhuhu...
pe pun today still happening.. baru sampai dari bukit tinggi, main bowling. konon2 praktis tuk hari sabtu neh la.. tp still can't do the best. 2 game is not enough 4 practice tp nk wat camner. adoi.. niat nk amek piala kt perhimpunan bulanan, tu pun kalu dpt johan. kalu x, tgk aje la...

Tuesday, March 1, 2011

When The Children Cry - Sungha Jung

budak nh wat aku jelez btl.. mentang2 la aku xpandai men gitar.. tp pe pun enjoy it...=D
can this describe me 4 today?? a little bit la... =)

opening mArch 2011

dah masuk bulan 3 da yea.. aku still mcm nh.. nothing special happening. as usual, wake up early in da morning (7 o'clock still early maa) going to work, bla..bla..bla.. going home, open my lovely prince n start fb, searching.. keje skolah byk tp still main2. hai.. bile la aku nk berubah nh...

tapi.. rase tak sabar nk tunggu 5hb neh. going up to bukit tinggi.. bowling tournament.. weeee.... akan ku tebus kekalahan tahun lps.. cheewah.. hehehe..