kick off

Wednesday, September 19, 2018

TTC #Journey to IVF# 3- Oocyte Retrieval

17/9/2018 @ 8.30am

Kelakar pulak rase huhuhu... Lepas scan jumaat lepas, kami balik kampung minggu tu. Pagi sabtu kemas kemas baju termasuk baju nak pakai masa OR nanti. Sebabnya ingat pagi isnin nak gerak dari umah mak (dekat n9) je.. Pregnyl masukkan  dalam cool bag untuk inject malam nanti. Sampai je karak, baru teringat seluar tak bawak.. huhuhu.. aku sebenarnye dah sangkut siap siap pada hanger, kelam kabut punya pasal langsung tak terambil. Memang dasar pelupa.. hahahaa..   gaduh jap.. ade ke die suh aku pakai trek suit je isnin nanti.. memang tak la.. hahaha.. nak jadi citer sebab kami tak singgah mane mane, jadi balik pakai trek suit je la.. huhu. Jadinye  malam ahad kami dah kene gerak balik bentong.

Pagi kul 7am kami gerak dari rumah. Kalau ikutkan nak gerak awal lagi tapi tau tau je la.. hahaha..Alhamdulillah.. sebabkan hari cuti, jalan tak jem. Sebelum kul 8.30am lagi kami dah sampai. Sampai sampai terus cari toilet. huhu..

Sampai sampai je nurse minta ke toilet dulu, tapi disebabkan aku dah pu siap siap.. terus la tukar baju. Hubby pulak kene ke Bilik Berkat. Chayouk.. hehehe

Berdebar yangmat oiii.. malu pun ado. dah siap salin baju Dr Faizal datang untuk pasang branula. Settle, terus nurse panggil ke bilik OT. Rasa nak pecah dada... huuhu.. nurse amek BP dengan bacaan SPO2, lepas tu Dr Faizal sampai dengan Prof. Ya Allah.. perasaan masa tu dengan malunye usah cakap la. Prof senyum je, die cakap dun worries.. dalam hati Allah je yg tau perasaan aku. Letak kaki atas tempat die, macam org nak bersalin tu.. huhu.. then nurse datang bagi injection. tak sampai 10 saat aku padam trus. 

Aku tak sure time bila aku rasa macam sakit sangat. Hanya mampu kerutkan dahi je. Pastu aku tak sedar balik. Dalam pukul 11 aku dah sedar.. mamai mamai lagi.. aku amek masa setengah jam jugak nak betul betul segar. Nak kate sakit, alhamdulillah tak rase sangat sangat. Cuma perut macam kembung je sikit.

Alhamdulillah dapat retrieve 14 telur. Tapi aku masih bimbang.. risau takut endo akan kacau kualiti telur tu. hmm.. sebab ade blog yang aku baca, die ade cyst.. dapat retrieve 12 telur dan semua tak menjadi, kosong je. Ya Allah.. minta dijauhkan daripada diriku. 

Kami gerak balik dalam pukul 12 jugak la. Hubby pun dah settlekan bayaran untuk prosedur RM5100, dapat MC untuk 18hb..sehari je. Tapi takdenye balik terus.. siap p shopping kt OU.. selamber je.. hahaha.. seb baik pakai panty sbb still lagi ade bleeding. Nak solat takde masalah boleh je solat macam biasa, tak payah mandi hadas. 

Oh ya, bleeding tu dalam 2 hari jugak la. Disebabkan batuk tak hilang lagi Prof dan Dr Faizal suruh aku ambil antibiotik dulu dan takkan proceed ET terus. Aku ok je.. yang penting embrio sihat dan cantik. Insha Allah Aamiin.. jumaat neh kalau mac tak call.. aku kene call MAC untuk tau perkembangan embie aku tu.. doakan semoga di permudahkan urusan aku dan suami ya..๐Ÿ˜Š

21/9/2018@3pm
Menunggukan hari neh macam nak pecah jantung aku.. alhamdulillah.. daripada 14 telur yang dapat, 11 bersenyawa dan yang survive 5 embies.. Alhamdulillah Ya Allah.. Engkau permudahkan urusanku dan suami.. tak tau nak cakap perasaan tu macam mana. One step closer..

Isnin ni aku kena pergi ke MAC semula untuk buat bayaran frozen RM1500









TTC #Journey to IVF# 2- injection

30/08/18

Disebabkan period di jangka datang lg 4 hari, selasa dpn.. aku decide utk ambil ubat awal.. minggu depan still sibuk oncall.. hubby tak dapat teman sebab kerja malam. aku gerak dlm kul 7.30 am.. alhamdulillah tak jem sangat.. pukul 9.30 dah sampai.. masuk je MAC.. giler ramai org.. letak borang biru n tggu turn.. berdebo yakmat๐Ÿ˜น๐Ÿ˜น padahal ambil ubat je pun.. huhu..

Sejam gak menunggu nama pun panggil. Aku pye plan.. day 1 amek clomid sampai day 10. Day 3 baru amek injection. Berbeza dgn blog2 yg aku bace yg kebanyakan ambil injection hari ke 2 ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜….. 

Dah ambil syringe bagai dgn bayaran rm30, trus ke farmasi NF untuk beli ubat.. farmasi neh..korang keluar je trus dr mac.. jalan trus sampai jumpe toilet.. lif.. koop.. nanti turn right.. farmasi tu btl2 blah kanan.. signboard pun besau.. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…




Ting tong... still lagi berdebo.. hahaha..apedaaa.. 

ubat aku.. 


folic acid untuk 2 bulan

Clomid 3 x 10 hari
Monopur injection 3x 8 hari

Bagi yang nak cucuk sendiri macam aku, nanti pharmacist akan ajarkan. Kalau korang datang sorang boleh la rakam.. nanti balik rumah boleh tengok balik.. heehe.. ape pun jangan lupa bawak cool box dengan coolant die.. sume boleh beli di kedai barangan bayi.





CD 1-2 (3-4 /9/2018)

Start consume Clomid (11pm)

CD 3 (5/9/2018)

Consume Clomid (11pm)
Monopur Injc (6.45am)

CD 4 (6/9/2018)

Consume Clomid (11pm)
Monopur Injc (6.45am)

day 2 injection aku dah rase swing dah. Kalau ikutkan, staff kata tak kisah timing ambil injection dan ubat tu. Janji konsisten dan sama.

aku pilih clomid malam dan monopur pagi, sebabnye day 1 aku keje petang, tak bawak clomid siap siap.. jadi terpaksa la amek lepas balik keje. bagi monopur plak, kalau pagi senang suami aku nak inject.. huhu.. tapi kesan die bleh tahan la.. tatau la perasaan aku ke.. kalau penat sangat aku rase macam menggeletar badan. rase nak tido je. mood swing tu dah dijangka. Ceritanye aku p panjat bukit D.O ngan Jila.. padan muke.. huhuhu.. ingat nak jogging je tapi tak boleh nk kene panjat jugak.. hahaha.. ok.. lagi.. selera makan biase biase je. cuma sembelit sikit.  

CD 5 (7/9/2018)

Consume Clomid (11pm)
Monopur Injc (6.45am)

ok.. hari neh dah start nak rase demam. badan dedar..sakit sakit.. bersangka baik.. mungkin sbb cuaca. still lagi sembelit. air minum tapi tak bnayak..huhuhu.. mood 5/10



CD 6 (8/9/2018)

Consume Clomid (11pm)
Monopur Injc (6.45am)

hari neh keje pagi ngan malam. masih lagi ada rasa nak demam. malam tatahan sangat.. ambil panadol siap siap sebelum makan clomid. ambil jarak juga dalam sejam. mood 7/10


CD 7 (9/9/2018)

Consume Clomid (11pm)
Monopur Injc (6.45am)

hari neh keje petang.. alhamdulillah badan kurang sikit sakit. rasa sakit tekak pun dah hilang.. selera makan biasa saje.. mood 8/10


CD 8-9 (10-11/9/18)

Consume Clomid (11pm)
Monopur Injc (6.45am)

Hari neh keje macam biase. Still lagi batuk. Selsema dah kurang. Alhamdulillah..


CD10 (12/9/18)

Consume Clomid (11pm)

Monopur Injc (6.45am)

Hari neh kene scan. Drive sensorang sebab hubby tak dapat cuti. Sedey.. huhuhu. Alhamdulillah.. saiz telur agak memberansangkan. ade 5 telur saiz dalam 13cm ke 15cm. tapi still worried..๐Ÿ˜ 

Tambah lagi 3 set Monopur Injc. Ingat dah abes injection dah.. hahahaa.. nanti lagi 3 hari datang untuk scan semula. Clomid last day consume hari neh.

CD12 (14/9/2018)

Monopur Injc (6.45am)

Pagi tadi last day untuk Monopur Injc. Hari neh scan lagi dan alhamdulillah hubby dapat teman. Die amek cuti sebab nak balik kampung.. tapi terpaksa teman p scan plak.. huhuhu..


Alhamdulillah.. ade dalam 6 telur saiz dalam 17-18cm.. lega sangat-sangat. Sebab saiz yang paling baik adalah dalam 18cm ke atas.. 


Tambah lagi 1 set Monopur Injc untuk hari sabtu..ingatkan dah abes.. huhuhu.  Pagi Monopur Injc, malam pulak Pregnyl injc. Kena ngam ngam kul 12 tengah malam. Ahad rehat.. takde cucuk cucuk dah.. yeayyy..


OR (Oocyte Retrieval) dijadualkan isnin ini, 17/9/2018 @ 8.30am. Memandangkan isnin adalah hari public holiday, alhamdulillah.. sebab orang tak ramai. Yang ade dalam jadual 4 orang je yang akan lakukan prosedur termasuk aku samada OR atau ET/FET



1st 

Folic Acid 5mg 63's tablet : RM2
Clomiphene Citrate 50mg Tab (Clomid) 30 x 0.75: RM22.50
Hum Men Gona (FSH) 75IU & (LH) 75IU (Menopu) 24 x 77.90: RM1869.10


2nd
Hum Men Gona (FSH) 75IU & (LH) 75IU (Menopu) 6 x 77.90: RM467.40

3rd
Hum Men Gona (FSH) 75IU & (LH) 75IU (Menopu) 3 x 77.90: RM233.70
Human Chorionic Gona 5000IU (Pregnyl) 2 x 43.70 : RM87.40

Total expense untuk ubat untuk OR : RM2682.10

Thursday, February 22, 2018

TTC #Journey to IVF# 1- appointment

Lama rasanye tak update pasal TTC kan. Hmm.. actually lepas 1st iui failed, kami decide nk try natural.. try kecikkan endometriosis dulu. Tahun neh kuatkan semangat untuk sambung semula TTC kami yang dah lama tinggal. 

28 Disember 2017

1st appt kami kembali ke fertaliti Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh pada 28 Disember 2017. Masa tu kami berjumpa dengan Dr Ridzuan, lembut orangnya. Saiz cyst 3.2cm x 2.5cm. Dia refer kami untuk berjumpa dengan pakar daripada usim disebabkan kami decide untuk kembali dengan iui ataupun terus ke ivf. 


21 Februari 2018

2nd appt dengan Prof Syamsir. Pertemuan singkat tapi penuh rasa berbelah bagi. Percubaan untuk kecilkan cyst dengan makan habbatussauda dan virgin olive oil tak berjaya. Saiz cyst meningkat ke 4cm x 3.5cm. Down sangat rasa. Satu lagi dalam kepala aku insist nak buat ivf di HKL. Tapi Prof Syamsir bg tau, orang yang biasa dia berurusan dan berhenti. Sekarang orang baru yang take over. Prof suggest antara HUKM (PPUKM)  cheras atau UIAM kuantan. Kalau kuantan aku akan bertemu sekali lagi dengan Prof Roszaman. 

Aku jadi buntu kejap. Memang kami dah bersedia ke arah ivf tapi belum bersedia dengan kos di ppukm atau uiam. Kalau di hkl, kos lebih kurang dalam 6k saja. Kos ppukm dan uiam dalam lingkungan 16k dan boleh mencecah 20k. Giler down rasa. Tarikh dah di tetapkan untuk appt di ppukm ๐Ÿ˜ž. Baru selangkah macam nak tersadung๐Ÿ˜ข



1 March 2018


Perjalanan di mulakan dengan bismillah..Gerak dari rumah pukul 7 lebih jugak..adei.. siap singgah petronas genting sempah lagi cari pau.. hahaha..tapi alhamdulillah tak jem teruk. Sampai pukul 9 tepat.. parking sini berbayar tau.. jangan terkejut pulak nanti.. huhuhu..

Mula mula tercari cari gak MAC neh kat mane.. actually unit neh kat ground floor je. Dari pintu utama tu korang pergi ke bahagian kiri bangunan (nak masuk ikut pintu utama pun boleh. Masuk dalam, pastu turn left..jalan trus.. nanti nampak signboard MAC). Masuk je, nanti MAC tu betul betul dekat dengan pintu masuk tu.

1st daftar kat kaunter die dulu. Kalau de bawak surat rujukan boleh bagi staff yang kat kaunter tu. Aku plak terkial jugak la sebab prof Syamsir tak bagi surat rujukan.. huhu.. tapi tak pe sebab dalam buku temujanji ade nama aku.. lepas tu nanti buat bayaran (nanti aku summarize). 

Bayaran done, tunggu turn untuk buat ultrasound. Masa tu ada 3 4 orang tengah tunggu giliran. Berdebau nau hati ini.. huhu.. Actually aku tatau ultrasound neh untuk check apa.. di sebabkan masa tu aku period.. jadi tak buat tvs.. just scan abdomen luar. Ada la dengar bacaan saiz tapi aku tatau untuk saiz ape. Mati mati ingat staff tu scan endo aku.. huhu.. siap tanye lagi berape dah besar. tapi die senyap je.. huhu.. oh ya.. kalau nak tvs.. korang tak payah minum air pun tak pe.. tapi kalau scan biasa kene minum air banyak. Nak tengok ovari, tube sume..

Then tunggu panggil untuk jumpa doktor. Ingat jumpe prof Hashim terus.. idok la.. mase tu dr Maisarah mohamad ( lepas appt baru ternampak ade org share video dr neh kene temuramah dalam program tv. daripada HKL rupenye) . Pergh.. die punye aura.. anergetik.. die tanya sikit sikit sejarah treatment kami, pastu kalau ade apa apa result yang mesti die tau kene tunjuk la..contoh macam ca125 ke sperm count ke or lain lain result lab.. aku amek gambar je dan simpan dalam handset. Senang tunjuk kat doktor.. huhu.. Doktor Maisarah explain pasal IVF.. persediaan mental dan fizikal.. down pulak tetibe.. hmm.. then.. disebabkan pada semua temujanji aku sebelum neh takde amek darah untuk check hormon dan lain lain.. aku kene buat checkup dulu. 

Lab checkup:

ca125
    tumor marker
progrestron (day 21 period)
    progrestron adalah hormon yang membantu ketebalan rahim
AMH (anti mullerian hormone )
    AMH adalah untuk check berapa banyak kuantiti telur yang kita ada dan berapa tahun lagi tahap kesuburan kita
FSH/LH (day 2 - 5 period)
    Nak tengok perkembangan telur/prolactin(hormon susu)/ T4 (thyroid)

FSH/LH aku ambil masa period ke 4.. selalunya kene ambil period ke 2.  Tapi still valid. Ambil darah dekat area MAC tu jugak. CA125 tak boleh ambil waktu period yea.. nanti result die tinggi. Jadi aku buat kat BP Lab sama dengan progrestron.  AMH neh ambil aku kene pergi tingkat 7. Bayaran puan buat dekat sana.

Thats all on 1st appoinment. Doakan result sume ok yea korang. Tak senang duduk dah neh.. hmm..

Total payment:

Perkhidmatan rawatan / pemulihan   rm80.00
yuran pendaftaran pesakit                 rm50.00 + rm3gst
ujian makmal(fsh/lh)                          rm25.00
amh                                                   rm180+rm4.70laboratory
bp lab ca125+progestrone (p4)         rm50+rm20.00

total                                                   rm412.70

ade tips untuk korang.. mana mana test yang kene buat dekat bp lab, better korang dapatkan borang lain daripada kerajaan. If not, bayaran die agak mahal sebab dikira walk in. 





Percutian Bajet Koh Samui : Day 2

Day 2 - 6/5/2017

Gud morning.. weehuu.. 

Time to go island hopping.. hewhewhew.. janji memang ditepati. Jam 8.30 diorang dah kutip weols dekat hotel. Kami orang pertama yea..Macam biasa la.. pusing satu pulau kutip orang.. last sekali sampai jeti dekat jam 9.30 jugak la.. 


singgah 7e beli air milo jap.. lapoo.. huhu

depan hostel.. tunggu driver datang ambil


yeay.. jommm

Sebelum naik feri neh sape yang belum bayar entrance fee untuk ke Koh Angthong National Marine Park, kene bayar dulu. Disebabkan pakej kami dah include all that, ambil sticker tampal di baju dan terus naik.. Bayaran yang dikenakan dan include untuk sarapan pagi dan makan tengah hari. Dah boleh jimat disitu.. hewhewhew.. Makanan yang disediakan setakat neh Insha Allah Halal.. untuk breakfast diorang sediakan roti (sedap gak weh) cicah dengan air teh ke kopi ke.. air coklat pun ade. Semua self service. Suke hati korang nak makan banyak mana. 


kite minum duluuu

mase neh cargas lagi.. hahaha

the experience begin...



Perjalanan ke  Koh Angthong ambil masa dalam 1 jam jugak. Bagi yang mabuk laut dan tak bawak ubat mabuk.. diorang pun ade provide ubat mabuk oo.. macam tau-tau je.. hehehe.. aku dah makan siap-siap sebelum feri gerak tadi.. hewhewhew.. 

1st kite mendaki bukit yang ade kat Koh Angthong neh. Tak sia-sia weh.. view die memang cantik.. mabeles omputih kate. Cukup time naik feri semula untuk lunch. Ish.. ade tragedi plak mase lunch.. huhuhu.. lepas je makan aku trus muntah muntah.. ubat tahan mabuk dah tak berkesan agaknye.. hadoi... tatau la sape yang nampak.. wat malu kaum je.. huhuhu.. 




ok.. mase neh separuh nyawa dah weh.. huhu

at last..


2nd aktiviti.. berkayak kite.. mane-mane yang tak berkayak.. diorg akan bawak terus ke Blue Lagoon. 





3rd aktiviti hiking lagi.. huhu.. nak tercabut dah lutut aku neh.. panjat sana panjat sini.. tangga yang ada kt Blue Lagoon neh amat curam. Carefull guys.. Naik atas untuk tengok view Blue Lagoon tu je.. memang cantik. dah macam tasik dayang bunting pun ade.. huhuhu.. lepas tu ape lagi.. mandi la.. wehhuu.. tapi agak mengecewakan. Batu dimerata rata.. sedih ooo.. nak snorkeling pun takde feel. kitorang celup-celup badan dalam air jap trus naik. Takde mood dah.. kaki aku tersagat ngan batu kat dalam laut tu.. pedih beno rase.. huhuhu. 


belakang tu la blue lagoon



Kitorang beli gambar yang dah diorang framekan masa nak turun feri. THB150 je.. ok la tu wat kenangan. gambar tu diorang ambil masa kite nak naik feri pagi tadi.

Pukul 6 petang kami sampai di hotel. Bersihkan badan, solat dan rehat. Lepas maghrib kami panjangkan langkah siket. Kami sewa motor dengan pihak hotel je senang. Untuk 3 malam diorang bagi THB540 (THB180/night) deposit THB1000. 

1st location ke kedai 7e untuk beli sim kad. Masa dalam bas tu dah ade awek tu offer ngan sim kad tapi belum sampai seru lagi.. hahhaa.. ceritenye nak waze susah.. kekdahnye kene beli gak la. THB299 untuk 7 hari penggunaan. 


Makan malam di Ihsan Muslim Restoran yea.. yummeehh                                                                                                                      

                                                                                                



Jajan 7e
THB50

Frame gambar
THB150

Tip
THB100

Sewa motor
THB540 / 3 night

Deposit motor
THB1000

Sim kad
THB299

Makan malam
THB250

TOTAL ⇒ THB2389




Percutian Bajet Koh Samui -Preparation