kick off

Thursday, March 14, 2019

TTC # IVF Journey # 5 - 2 weeks wait (2ww)

7dpt5dt (14.3.19)

Yea.. tau.. belum abes 2ww lg..๐Ÿคญ
Saje nak cerita.. ari neh ke MAC untuk ambil darah dan cucuk Proluton..

Proluton = Hydroxyprogesterone caproate
Merupakan suntikan depot yang mengandungi hormone Progesteron
Proluton ini  adalah oil-based medication, bermakna ia sangat pekat. Jadi injection dibuat dalam otot (intramuscular) senang citer kene cucuk kat punggung.. huhu.. nak kate sakit tu tak jugak.. huhu
Dengan kata lain proluton neh ubat untuk kuatkan rahim.

Sebelum tu ke makmal C untuk ambil darah bagi ujian beta hcg.

Entah la.. hati rasa tak yakin. Tapi hati neh jugak dah berangan nak bawak perut kehulu kehilir..

Staff suh call esok untuk dapatkan result beta. Bila dengar macam tu terus rasa down. Tatau la... mungkin sebab mengharap sangat..๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–

Balik dari hosp, aku buat keje bodoh..  teringin nak check upt. Mereng pe check upt petang petang neh tp result.. takdenye samar samar.. still 1 line.. sedih sgt.. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ hmm.. korang doakan yea.. 

Proluton 250mg = RM21.85

Ujian makmal   = RM13.00
Perkhidmatan rawatan =RM18



15.3.19

Beta HCG result keluar.. and its negative
Seriously down sangat sangat.. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Tuesday, March 5, 2019

TTC #IVF JOURNEY# 4- Frozen Embrio Transfer (FET)

28 Februari 2019

Hari neh day 11 period.. time to tvs.. alhamdulillah tebal rahim 10 cm. Aku boleh proceed dgn procedure dengan bekalan
Pregnyl 3box                 =RM131.10
Decapeptyl 2 syringe   =RM70.00
Duphaston 1 box          =RM49.80
Kos TVS                         =RM50.00
Total : RM300.90

2 box Pregnyl untuk malam neh. 1 box lagi untuk pagi sabtu 2hb 3. Decapeptyl plak 2 2 kene injc 5hb 3, sekali start dengan duphaston.
Hmm.. hati masih berdebar.. dapat ke embabies kami tu survive lepas thaw.. Ya Allah.. permudahkan lah urusan kami.. Semoga embies kami bertahan dan terus berkembang dalam rahimku.. aamiin..aamiin..

7 March 2019

Appoinment pagi neh pukul 8.30.. hari neh kami bangun pukul 5, solat hajat dan keluar rumah pukul 6. Kami solat subuh dekat masjid besar. Dalam pukul 6.30 terus gerak ke PPUKM. Hajat nak singgah beli pau dekat petronas.. petronas tutup๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.. Lastnye kami berenti dekat rnr gombak. Kene makan jugak sbb aku nak makan ubat, duphaston. Setengah jam berenti makan.. buang air bagai.. pukul 7.45 gerak. Masa tu jalan dah start jem. Aku dah risau.. takut tak sempat. 8.40 am sampai tempat parking.. yess.. dah lambat.. tp sempat lagi hantar cooler bag yang pinjam ari tu dekat farmasi NAF. tunggu la sangat, hubby tunggu untuk refund, aku terus ke MAC untuk daftar

Letak je borang staff kate bleh masuk. Aku macam krik..krik.. pastu die tengok aku macam terpinga pinga.. die tanya.. husband parking yea. Alu hangguk je la..๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…. Debor rase macam nak terkeluar jantung๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ. Lama jugak tunggu hubby settle. Kekdahnye tak dapat cash.. diorang bank in dalam masa 7 ke 14 hari bekerja.. sabo je la.. 

Hubby datang trus aku masuk bilik untuk salin baju. Daripada pukul 9.. pukul 10.30 baru panggil nama. Sempat la tido kejap. Ngantuk๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… tapi bukan tido betul pun. Jantung macam nak terkeluar. Allah je yang tau. Masuk bilik prosedur staff sume dah sedia barang. Hubby di panggil untuk tengok 1st baby kami๐Ÿ˜ subanallah.. Indah betul ciptaan Allah๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ masa prof brief.. aku ok lagi.. ari tu aku de cakap yang ade ade 5 embabies. 3 straw.. Enbriologist thaw 2 straw. 1 embabies tak dapat survive.. lagi 2 embabies growth dengan jayanya walaupun gred 2. Kuasa Allah.. alhamdulillah.. lepas 1 beban atas kepala aku. Alhamdulillah..alhamdulillah.. 

Tak sampai 5 minit, prosedur selesai.. alhamdulillah.. tiba tiba rasa sebak yang amat bila nampak baby masuk dalam rahim.. nampak bintik putih dalam rahim. Prof kate.. ha.. baby da masuk.. tengok tu   terus air mata berderai.. Ya Allah.. terima masih memberi peluang untuk ku menjadi ibu.. terima kasih Ya Allah.. 

Daripada bilik prosedure, aku ditolak ke bilik prep.. rehat dalam masa sejam. Macam macam bermain difikiran. Tapi cuba atasi dengan berzikir. Tu je mampu aku buat.. 

Bekalan bawak balik
Hydroxy Cap 250mg/ml inj (Proluton) 1 x 21.85 : RM21.85
Dydrogesterone 10mg (Duphaston) 20s' 1 x 49.80: RM49.80

FET procedure : RM2200




Doa Agar Terpelihara Anak dalam Kandungan ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ˜Š
.
‎ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَูˆِّุฑْู‡ُ ูِู‰ ุจَุทْู†ِูŠْ ุตُูˆุฑَุฉً ุญَุณَู†َุฉً ูˆَุซَุจِّุชْ ู‚َู„ْุจَู‡ُ ุฅِูŠู…َุงู†ًุง ุจِูƒَ ูˆَุจِุฑَุณُูˆْู„ِูƒَ
‎ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงุฎْุฑُุฌْู‡ُ ู…ِู†ْ ุจَุทْู†ِูŠْ ูˆَู‚ْุชَ ูˆِู„َุงุฏَุชِูŠْ ุณَู‡ْู„ًุง ูˆَุชَุณْู„ِูŠْู…ًุง
‎ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงุฌْุนَู„ْู‡ُ ุตَุญِูŠْุญًุง ูƒَุงู…ِู„ًุง ูˆَุนَุงู‚ِู„ًุง ุญَุงุฐِู‚ًุง ุนَุงู„ِู…ًุง ุนَุงู…ِู„ًุง
‎ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุทَูˆِّู„ْ ุนُู…ْุฑَู‡ُ ูˆَุตَุญِّุญْ ุฌَุณَุฏَู‡ُ ูˆَุญَุณِّู†ْ ุฎُู„ُู‚َู‡ُ ูˆَุฃَูْุตِุญْ ู„ِุณَุงู†َู‡ُ ูˆَุฃَุญْุณِู†ْ ุตَูˆْุชَู‡ُ ู„ِู‚ِุฑَุงุกَุฉِ ุงู„ْู‚ُุฑْุขู†ِ ูˆَุงู„ْุญَุฏِูŠْุซِ ุจِุจَุฑَูƒَุฉِ ู…ُุญَู…َّุฏٍ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ูˆَุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠْู†َ



‎ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงุญْูَุธْ ูˆَู„َุฏِูŠْ ู…َุงุฏَุงู…َ ูِู‰ ุจَุทْู†ِูŠْ ูˆَุงุดْูِู‡ِ ุฃَู†ْุชَ ุดَุงูٍ ู„َุง ุดِูَุงุกَ ุฅِู„َّุง ุดِูَุงุคُูƒَ ุดِูَุงุกً ู„َุง ูŠُุบَุงุฏِุฑُ ุณَู‚َู…ًุง
Ya Allah, peliharalah anakku selama dia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah/bentukkanlah dia yang berada di dalam perutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah dalam hatinya akan keimanan kepada-Mu dan Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku, di kala waktu bersalin, dengan mudah dan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia anak yang sihat, dan berakal, pandai, alim (dan) beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, jadikanlah jasadnya utuh, kurniakanlah budi pekerti yang baik padanya, kurniakanlah lisan yang fasih, kurniakanlah baginya suara yang indah untuk membaca Al Quran dan hadis dengan keberkatan Nabi Muhammad sallallaahu 'alaihi wa sallam, dan segala puji bagi Allah.