kick off

Friday, July 26, 2019

TTC # IVF Journey # 6 - Lucrin Depot


23.7.2019
Temujanji kedua aku yang tertangguh selepas post et hari tu. Bulan 4 dulu dah jumpa prof dah. Masa tu macam agak terkilan.. putus harapan.. macam-macam la sebab prof kata aku sorang je yang langsung tak melekat dengan bacaan bawah 1. Prof ada cadangkan aku untuk ambil lucrin untuk kurangkan bacaan ca125 daripada 35.5 kepada bawah 8..tapi aku refuse. Pengalaman pertama masih dalam ingatan. Tapi sampai bulan neh period aku masih bertandang ikut jadual. Alhamdulillah… dalam perjalanan aku dan suami dah berbincang untuk tidak teruskan lagi et kali kedua dan terakhir (buat masa neh) selagi bacaan tak menurun. Malangnya bacaan masih tak berubah malah naik 0.01 (35.6). Buat pengetahuan korang bacaan normal adalah bawah 35.  Kecewa yang amat rasa.




Pertemuan 10 mata kali neh..  aku bersetuju untuk ambil Lucrin dengan perasaan bercampur baur. Menyerah kalah pada ubat neh dengan harapan bacaan akan menurun kepada 0.. Insha Allah.. semoga permulaan yang baik untuk aku dan suami kali neh. Korang doakan kami yea. 

Injection neh aku ambil 1 dos dulu, sebulan selepas tu jumpa prof lagi untuk review rasult ca125 

Pendaftaran : RM20

Leuprorelin Acetate 3.75mg (Lucrin) 1 x 362.30: RM362.30

hai.. jumpa lagi kita..
update 28.08.2019

Result 2nd ca125 keluar.. alhamdulillah.. bacaan turun kepada 25.8 . Suntikan kedua pada 31.08.2019 diteruskan. Doakan aku bacaan turun banyak yea. Sekarang neh aku buat diet IF (intermitten Fasting) geli geli.. huhu.. ok la.. berat pun maintain dalam 67kg (dengan tinggi 173cm). Kalau boleh nak turunkan lagi. Air manis dah cut off sikit. Kalau dulu tiap tiap hari kena ada milo suam sekarang seminggu dalam 3 4 kali je aku amek air manis. Yang lain-lain masih control macam biasa. 

update 23.01.2020

wa..selamat tahun baru.. hahaha.. baru ingat nak update.. adoii.. 

Result untuk selepas 2nd injection adalah 16.1. Alhamdulillah. masa tu makin bersemangat aku. Oh ya..selepas 1st injection, period korang akan datang seperti biasa. Jangan hairan pulak yea. Selepas 2nd injection baru la period betul-betul berhenti.

3rd injection aku pada 1.10.2019. Result 16.2. Adoyai.. dah tak turun dah seperti yang aku harapkan. Prof kata kalau boleh nak turunkan sampai bawah 10. 

Next TCA 29.10.2019. Hati neh redha je la.. prof kata xde masalah sebab itu je yang boleh. Endo dah tak aktif, boleh proceed dengan normal cycle. Untuk next period, 1st day aku kena ambil clomid 10mg perday selama 10 hari. Hari ke 10 aku datang untuk ambil suntikan Pregnyl. Pregnyl neh untuk pecahkan telur yea. Bermula la normal cycle kami.

Result BHCG keluar pada 31.12.2019.. kecewa lagi 1.46 sahaja. Hmm.. nak kata kecewa sepenuhnya tak jugak sebab sebelum neh result lepas transfer lagi rendah daripada neh.


Percutian Bajet Koh Samui : Day 5 & 6

9/5/2017

Hari terakhir di samui..sedih meninggalkan pulau neh dan sedih mengingatkan percutian kami akan berakhir tak lama lagi..

Disebabkan hari pertama dah bayar tix Donsak ⇄ tiket feri ke Koh Samui ⇆ hotel transfer, pagi tu breakfast beli kat 7e je. Air teh o ais limau yang sengaja beli lebih semalam untuk minum pagi.. aiseh.. teringat ingat plak kesedapan teh o ais limau neh.. huhu..

 Van datang ambil ontime, kami last sekali naik. Transfer naik bas, daripada bas.. turun dulu naik feri.. bas tu naik feri sekali tau. Masa turun bas tu ade la terserempak dengan group chinese.. rupanya group dari pineng. Lega sikit dah jumpa orang Malaysia.. hahhaa..1 jam 30 minit kali neh aku ambil peluang untuk round dalam feri dan lepak kat rooftop. Menikmati suasana yang akan tinggal memori untuk kami.


uih.. abes muka terbakar cam udang.. hahaha

masa neh baru kenal mende alah neh. sedap jugak.. hahaha

its time to go home dear..


lepas naik van dari hotel, kene naik bas pulak

stesen bas tadi

sampai pelabuhan, tunggu naik kapal.. bas pun naik kapal.. huhuhu



bye bye samui.. sob..sob..






Rupanya ada satu group chinese neh tinggal dekat hotel yang sama dengan kami Journey Hostel. huhu.. Disebabkan kami ambil hotel transit yang agak jauh dari airport, pemandu bas berhenti di bus stop area bandar. Kami kena naik tuktuk pula untuk ke hotel tu. Kami bernasib baik sebab pemandu bas call kawan dia yang bawak tuk tuk untuk ambil kami. Bersesak la kami dengan beg masing2 besar gedabak.. hahaha.. diorg neh dalam 4 ke 5 orang, lupe dah.. hahaha. Jadi lepas neh pengajaran, ambil hotel area airport atau pun terus balik Malaysia. Cuma pastikan ambil tix malam. Risau tak sempat nak boarding je nanti sebab perjalanan panjang.

Petang tu aku sempat tanya diorang macam mana nak p airport esok and luckily, ada sorang geng tu call company seatran sebab tak nak bayar kos daripada hotel ke airport esok. Kami tumpang lagi.. hehehe.. alhamdulillah.. rezeki kami. Jadi malam tu cari makan area Surat Thani. Ada pasar area tu, kami beli nasi ayam dan buah. Singgah 7e beli spagetti dan air susu. Ya ampun.. sedap betul .. hahaha. Lupa pulak.. bilik kat Journey Hostel besar yakmat.. puas hati bayar rm73.31 untuk satu malam. 
serious besar kan.. 

hipster sangat.. huhuhu


tatau la pasar malam ke ape. Cari dinner dalam neh. Dapat la nasi kombok, buah buahan.. tu je rasenye beli.. 


cari 7e cari CP lagi.. kali neh amek speghetti.. sedap bak hang..



10/5/2017

The day is coming, sarapan di hostel lebih kepada hotel je..huhu.. Van datang pickup, tapi macam biasa la banyak pulak tempat die singgah. hahaha.. Layan kan aje janji tak bayar apa apa. 

Alhamdulillah sampai airport dan selamat sampai KLIA2. . Gambo takdak yea.. takde mood nak bergambo dah.. huhuhu.Total expense korang boleh p kat link neh Percutian Bajet Koh Samui -Preparation .. Untill next trip..


k bai..




Percutian Bajet Koh Samui : Day 3 & 4

Day 3 & 4 : 

7 / 5 / 2017

Hari ke tiga agak menyeronokkan.. lepas penat semalam berjimba dekat laut.. hari neh kite naik motor pusing satu pulau yea.. hehehe..

Sarapan pagi? Makan roti je yang kami bawak dari rumah. Dalam panas terik, tempat pertama kami pergi Hin Ta Hin Yai Rockbar (grandfather grandmother rockbar). Kat sini ada ape? Ade pantai dengan batu yg berbentuk tuttt.. hahaha.. sabo je la. Masa sampai orang tak ramai lagi.. tak sampai setengah jam penuh dengan manusia nk tgk batu tuttt.. hahaha..

Nak masuk kawasan neh parking kene bayar. Kereta 30baht dan motor 10bath




ramai kan orang.. hahaha





Ada kedai jual survenior, minuman, aiskrim, makanan.. keychain, fridge magnet kat sini agak mahal, jadi kami pandu lalu je la.. tapi air terpaksa beli sebab panas terik giler. Sedapnye air buah...


next...

Namuang Safari
Ukeh korang bleh google map je tempat neh dan ride ke sana.. tempat neh ade elephant trekking,animal show, kayaking, ATV ride . Harga mengikut pakej dan masa lama mana. Paling mahal ATV ride (20min)+ elephant trekking (30min) by off road waterfall untuk adult 1500bath dan kanak kanak 1300bath. Kami pusing-pusing dalam tu ja..say no to elephant trekking ya.  Tempat die memang cantik.. banyak tempat untuk bergambar.. hehehe.. 







Next

Heaven Garden
Err.. husband aku act tak setuju nak masuk sini tapi bini die ni die neh memang degil.. huhuhu.. dan bayar la beliau 80bath seorang.




Tempat neh ada patung patung buddha. Banyak jugak dan agak creepy.. hahaha.. masa neh ada la 3 4 orang melawat kawasan. Sebab dah bayarkan..kite layan je.. huhuhu.

Sepanjang jalan neh macam-macam aktiviti diorang provide. Flying Fox, tempat menembak, elephant trekking.. macam-macam la. Ada satu tempat air terjun kami singgah... tapi penat yang amat. Mau taknye, kene trekking dalam 500m kalau tak silap. View pun beshe beshe je.. huhu.. dah nama air terjun kan.

Balik bilik penattt.. trekking sangat.. hahaha.. membuta kejap. Malamnya kami makan dekat Chaweng Night Market. Kat sini ada macam-macam gerai menjual makanan. Banyak jugak kedai makan yang halal. Pastikan ada tanda halal dan yakin yea. 

Teh o ais limau diorang.. ya ampun sedap giler.. tetibe tengah menaip neh terliuq baq hang... kami makan nasi goreng seafood je di Sabai Sabai Restaurant sambil mata melilau tengok sekeliling.. Tak sempat nak ambil gambar makanan. Lapo ceritenye.. huhuhu

Lepas makan macam biasa la.. kite round lagi Chaweng. 


8 / 5 / 2017

Selamat pagi Malaysia.. 

Lepas subuh takde aktiviti sangat nak buat. Sarapan pagi makan roti yang bawa dari rumah je. Lepas tu terjun dalam swimming pool atas sunroof. Pepagi neh belum ada yang nak berkubang macam kami.. sejuk gamaknye.. hahahaha.. husband pulak suke lepak dalam bilik. Internet laju kata beliau..adeii..

Petang sikit baru kami keluar menjelajah pulau Samui dengan motor. Alhamdulillah cuaca amat mengizinkan. Memang abis satu pelusuk pulau kami terjah. Berhenti bila ada view cantik untuk ambil gambar saja.

Aci la yea letak gambar je.. hehehe