kick off

Sunday, February 26, 2017

Ketua atau Pemimpin

Ketua atau pemimpin.. hmm.. tajuk yang berat setakat ni bila dah lama bekerja.
Mesti pelik kan kenapa tetibe tajuk jadi agak formal. Act masuk bulan 3 nanti genap la 11 tahun aku bekerja dengan mesin x-ray neh. Masih takde apa-apa perubahan sangat sebab masih berada di daerah Bentong, masih dengan gred sedia ada. Macam-macam ragam, macam macam kenangan dan pengalaman aku dapat walaupun berada di unit yang kecil (kalau nak bandingkan dengan kawan-kawan yang bekerja di jabatan yang besar)

Bermula dengan Bos A, Bos B, Bos C dan Sekarang bersama Bos D. Ketiga-tiga bos aku sebelum neh amat aku hargai dan sanjungi. Bukan nak membodek tapi korang boleh bayangkan saat nak buat FYP , Viva, final paper and so on.. datang seorang bos yang begitu memahami serta dapat meringankan beban atas kepala neh.. korang rasa macam mana? Alhamdulillah sangat-sangat..

Tapi yang terbaik selalu berada kat tempat yang bagus.. sekarang neh bersama Bos D yang baru menerima kenaikan pangkat pada tahun 2016 (kalau tak silap). Apa agaknya kait mengait KETUA atau PEMIMPIN dalam ini cerita agaknye kan.. Ceritanya sebab kami berada dalam genggaman KETUA bukan pemimpin. Perjalanan ke tempat kerja kami dah tak seseronok dulu. Aku mention KAMI bukan aku sebabnye kesemua staff kat tempat kerja aku mengalami depress yang sama..

Nama kami dijaja didepan pengarah sebagai staff yang tak dengar cakap, tidak membantu beliau, tidak menghormati beliau.. lagakan kami antara staff (lebih kepada fitnah rasanya).. agak-agak korang la.. mampu ke bekerja dalam environment macam neh? setakat neh kami boleh bertahan lagi. Doakan kami terus bersatu menidakkan fitnah beliau yea.. hmm.. 

Aku quot dari satu blog neh
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Merujuk kepada penulisan rencana JOM AUDIT oleh Prof Dr Muhaya Mohamad yang disiarkan pada 7 Disember 2014 di mingguan Malaysia.

Tajuknya Beza antara Ketua dengan Pemimpin
Secara kesimpulanya Prof Dr Muhaya mengesorkan jadilah pemimpin yang dapat memberikan manfaat kepada orang sekeliling kita. Amalkan sikap mempermudahkan urusan bukan menyusahkan urusan orang sekeliling.

Jadi kita soal diri  kita sendiri.Adakah kita bersikap demikian pada isteri kita, suami kita, anak anak kita, ibubapa kita, jiran kita, rakan sekerja kita, AJK kita dan sebagainya??

Prof Dr Muhaya membariskan 9 perkara yang membezakan seorang ketua dengan pemimpin.


  • Seorang ketua ialah pendesak, yang hanya tahu menyampaikan maksud dan tujuan tanpa mengambilkira keadaan orang lain yang di sesaknya. Seorang ketua hanya fikir menfaat sendiri daripada orang lain demi nama mahupun keuntungan. Pemimpin pula selalunya pemberi inspirasi kepada orang lain, mendahului kawalan emosi, menanamkan kepercayaan terhadap orang lain.

  • Seorang ketua mahukan penghormatan tetapi pemimpin mendapatkan penghormatan. Ramai ketua atau pembantu ketua mahupun pengerusi organisasi mahu penghormatan dari YB kawasan atau KM di atas tindakannya. Hanya melalui percakapan atau surat mereka, projek akan di luluskan.

  • Seorang Ketua, apabila membuat sesuatu kerja, dia suka mengatakan `saya’ tetapi seorang pemimpin akan mengatakan kita atau kami. Seorang Ketua berfikiran belaiu orang number 1 dan berjaya di dalam urusan adalah kerana kehebatan beliau. Sebaliknya, seorang pemimpin, beliau suka kepada konsep kebersamaan. Kejayaan adalah kerana sikap bantu membantu.

  • Seorang Ketua suka `menakutkan orang/menimbulkan rasa takut orang sekeliling terhadap sesuatu perkara. Seorang Ketua cukup takut jika ahlinya takut padanya. Tetapi seorang pemimpin, tidak menakutkan orang lain, malah memberikan semangat dan inspirasi, semangat atau memudahkan urusan.

  • Seorang Ketua selalu meletakkan salah kepada orang lain, tetapi seorang pemimpin memikulkan kesalahan. Seorang Ketua suka menyalahkan dan mencari kesilapan. Tetapi seorang pemimpin mengambil tanggungjawab dan ambil risiko.

  • Seorang ketua menggunakan staf / orang bawahannya tetapi seorang pemimpin membangunkan orang lain atau membina bakat/kepakaran.

  • Seorang ketua hanya mahu menerima penghargaan dan pujian tetapi pemimpin suka memberi penghargaan dan pujian. Seorang Ketua suka ungkit kesalahan orang lain berulang kali.

  • Seorang Ketua hanya tahu mengarah membuat kerja tetapi seorang pemimpin suka mengajak melakukan kerja bersama sama.

  • Sikap seorang Ketua ialah suka meminta penyelesaian tetapi pemimpin mencari penyelesaian. Apabila berhadapan dengan masalah, seorang ketua akan sibuk mencari siapa yang menjadi punca masalah, siapa yang melakukan dan sebagainya.

  • Akhirnya, jadilah seorang pemimpin, tidak kira biar apa pun posisi sebagai pemimpin samada suami, isteri, ayah, ibu, ketua jabatan mahupun Pengerusi dan Timbalan Pengerusi organisasi atau Persatuan.

Berbalik pada cerita aku tadi, ramai yang menasihatkan supaya jumpa pengarah tapi kami sebulat suara membiarkan sehinggalah jika melibatkan SKT kami (sebab beliau dah ugut untuk kacau markah SKT kami dengan sebab yang tak dapat diterima akal)

Insha Allah.. doa yang  baik-baik untuk dapat perkara yang baik.

Doakan kami ya..

k bai.. 

No comments:

Post a Comment