kick off

Thursday, February 22, 2018

TTC #Journey to IVF# 1- appointment

Lama rasanye tak update pasal TTC kan. Hmm.. actually lepas 1st iui failed, kami decide nk try natural.. try kecikkan endometriosis dulu. Tahun neh kuatkan semangat untuk sambung semula TTC kami yang dah lama tinggal. 

28 Disember 2017

1st appt kami kembali ke fertaliti Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh pada 28 Disember 2017. Masa tu kami berjumpa dengan Dr Ridzuan, lembut orangnya. Saiz cyst 3.2cm x 2.5cm. Dia refer kami untuk berjumpa dengan pakar daripada usim disebabkan kami decide untuk kembali dengan iui ataupun terus ke ivf. 


21 Februari 2018

2nd appt dengan Prof Syamsir. Pertemuan singkat tapi penuh rasa berbelah bagi. Percubaan untuk kecilkan cyst dengan makan habbatussauda dan virgin olive oil tak berjaya. Saiz cyst meningkat ke 4cm x 3.5cm. Down sangat rasa. Satu lagi dalam kepala aku insist nak buat ivf di HKL. Tapi Prof Syamsir bg tau, orang yang biasa dia berurusan dan berhenti. Sekarang orang baru yang take over. Prof suggest antara HUKM (PPUKM)  cheras atau UIAM kuantan. Kalau kuantan aku akan bertemu sekali lagi dengan Prof Roszaman. 

Aku jadi buntu kejap. Memang kami dah bersedia ke arah ivf tapi belum bersedia dengan kos di ppukm atau uiam. Kalau di hkl, kos lebih kurang dalam 6k saja. Kos ppukm dan uiam dalam lingkungan 16k dan boleh mencecah 20k. Giler down rasa. Tarikh dah di tetapkan untuk appt di ppukm 😞. Baru selangkah macam nak tersadung😢



1 March 2018


Perjalanan di mulakan dengan bismillah..Gerak dari rumah pukul 7 lebih jugak..adei.. siap singgah petronas genting sempah lagi cari pau.. hahaha..tapi alhamdulillah tak jem teruk. Sampai pukul 9 tepat.. parking sini berbayar tau.. jangan terkejut pulak nanti.. huhuhu..

Mula mula tercari cari gak MAC neh kat mane.. actually unit neh kat ground floor je. Dari pintu utama tu korang pergi ke bahagian kiri bangunan (nak masuk ikut pintu utama pun boleh. Masuk dalam, pastu turn left..jalan trus.. nanti nampak signboard MAC). Masuk je, nanti MAC tu betul betul dekat dengan pintu masuk tu.

1st daftar kat kaunter die dulu. Kalau de bawak surat rujukan boleh bagi staff yang kat kaunter tu. Aku plak terkial jugak la sebab prof Syamsir tak bagi surat rujukan.. huhu.. tapi tak pe sebab dalam buku temujanji ade nama aku.. lepas tu nanti buat bayaran (nanti aku summarize). 

Bayaran done, tunggu turn untuk buat ultrasound. Masa tu ada 3 4 orang tengah tunggu giliran. Berdebau nau hati ini.. huhu.. Actually aku tatau ultrasound neh untuk check apa.. di sebabkan masa tu aku period.. jadi tak buat tvs.. just scan abdomen luar. Ada la dengar bacaan saiz tapi aku tatau untuk saiz ape. Mati mati ingat staff tu scan endo aku.. huhu.. siap tanye lagi berape dah besar. tapi die senyap je.. huhu.. oh ya.. kalau nak tvs.. korang tak payah minum air pun tak pe.. tapi kalau scan biasa kene minum air banyak. Nak tengok ovari, tube sume..

Then tunggu panggil untuk jumpa doktor. Ingat jumpe prof Hashim terus.. idok la.. mase tu dr Maisarah mohamad ( lepas appt baru ternampak ade org share video dr neh kene temuramah dalam program tv. daripada HKL rupenye) . Pergh.. die punye aura.. anergetik.. die tanya sikit sikit sejarah treatment kami, pastu kalau ade apa apa result yang mesti die tau kene tunjuk la..contoh macam ca125 ke sperm count ke or lain lain result lab.. aku amek gambar je dan simpan dalam handset. Senang tunjuk kat doktor.. huhu.. Doktor Maisarah explain pasal IVF.. persediaan mental dan fizikal.. down pulak tetibe.. hmm.. then.. disebabkan pada semua temujanji aku sebelum neh takde amek darah untuk check hormon dan lain lain.. aku kene buat checkup dulu. 

Lab checkup:

ca125
    tumor marker
progrestron (day 21 period)
    progrestron adalah hormon yang membantu ketebalan rahim
AMH (anti mullerian hormone )
    AMH adalah untuk check berapa banyak kuantiti telur yang kita ada dan berapa tahun lagi tahap kesuburan kita
FSH/LH (day 2 - 5 period)
    Nak tengok perkembangan telur/prolactin(hormon susu)/ T4 (thyroid)

FSH/LH aku ambil masa period ke 4.. selalunya kene ambil period ke 2.  Tapi still valid. Ambil darah dekat area MAC tu jugak. CA125 tak boleh ambil waktu period yea.. nanti result die tinggi. Jadi aku buat kat BP Lab sama dengan progrestron.  AMH neh ambil aku kene pergi tingkat 7. Bayaran puan buat dekat sana.

Thats all on 1st appoinment. Doakan result sume ok yea korang. Tak senang duduk dah neh.. hmm..

Total payment:

Perkhidmatan rawatan / pemulihan   rm80.00
yuran pendaftaran pesakit                 rm50.00 + rm3gst
ujian makmal(fsh/lh)                          rm25.00
amh                                                   rm180+rm4.70laboratory
bp lab ca125+progestrone (p4)         rm50+rm20.00

total                                                   rm412.70

ade tips untuk korang.. mana mana test yang kene buat dekat bp lab, better korang dapatkan borang lain daripada kerajaan. If not, bayaran die agak mahal sebab dikira walk in. 





No comments:

Post a Comment