kick off

Wednesday, July 27, 2011

menYinTai oR diCinTai??

Rase-rase dalam perhubungan ape yang penting? Mahukan diri dicintai atau menyintai mereka?? Orang cakap kalau nak cari pasangan hidup, cari orang yang menyintai kita sepenuh hati.. tapi si dia pun mesti harapkan perkara yang sama kan? 

Aku pulak masih tercari cari ape tanda tanda diri ini dicintai .. susah sangat.. Tapi kalu diajukan soalan neh pada si dia sure merajuk punye.. Disebabkan pengalaman pahit yang pernah menjengah hidup aku, aku terlalu berperasangka.. teramat amat.. 

Hmm.. macam mane aku nak buang sikap aku yang terlalu berperasangka neh? Dulu aku terlalu percaya wujudnya keikhlasan dan perlu percaya antara satu sama lain tapi bila kepercayaan tu dikhianati, aku seolah olah fobia dengan istilah 'percaya' dalam perhubungan.. Tapi sampai bila aku nak macam neh kan.. aku sepatutnya beri peluang pada si dia untuk mendapat kepercayaan aku.. tapi aku takut.. emmm..
  
Ya Allah..
Sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu,
Aku minta kekuatan dari-Mu dengan kekuatan-Mu,
Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak,
Maka sesungguhnya Engkau berkuasa ,
Aku tidak berkuasa,
Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib,

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku,duniaku, dan kesudahan urusanku buat masa kini dari masa akan datang 
Maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku,
Jika perkara itu tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang, maka elakkanlah aku daripadanya,
Tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada,
Sesungguhnya Engkau berkuasa diatas segala sesuatu..

Amin.. Ya Rabbal A'lamin.. 

No comments:

Post a Comment